Selain daripada dikatakan bakal menyertakan Action Center yang merupakan notifikasi bar pada kemaskini Windows Phone 8.1, ia juga nampaknya bakal menyertakan pilihan saiz Tile yang lebih besar seperti yang diperkenalkan pada Windows 8.1. Dalam sebuah laporan ia bakal membawakan 4 jenis saiz iaitu small, medium, wide dan large.
Namun menurut sumber, adakah Tile bersaiz besar ini hanya akan diperkenalkan untuk resolusi 1080p? Daripada gambar di atas, ia merupakan gambar mock-up yang dibuat berdasarkan Lumia 1520 namun ia mungkin bakal menjadi masalah sekiranya digunakan pada telefon pintar yang kecil dan mempunyai resolusi rendah kerana apabila Tile terlalu terbesar digunakan pada skrin yang kecil, ia akan kelihatan buruk.
Jika hal ini adalah benar, nampaknya Microsoft dalam usaha untuk memastikan sistem pengoperasian telefon pintar setanding dengan Android dan iOS. Selain itu, ia juga menambahbaik pada rekabentuk supaya lebih ramai pengguna menggunakan Windows Phone.
Live Tile sizes in Windows Phone 8.1: Small, Medium, Wide, and Large. #WindowsPhone8.1 #WindowsPhoneBlue
— Nawzil (@Nawzil8) February 9, 2014
The post Windows Phone 8.1 Bakal Menyertakan Tile Bersaiz Yang Lebih Besar appeared first on Nizul.
Entri: Windows Phone 8.1 Bakal Menyertakan Tile Bersaiz Yang Lebih Besar Republish from: http://nizul.my/windows-phone-8-1-bakal-menyertakan-tile-bersaiz-yang-lebih-besar/
Post a Comment