Nokia memang tidak dinafikan dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon pintar milik mereka yang dikuatkuasakan menggunakan Android. Pelbagai khabar angin juga beberapa gambar yang jelas menunjukkan kemungkinan telefon pintar yang mungkin bakal dinamakan sebagai Normandy akan kekal di pasaran dan ia menjadi penantian yang lama oleh peminat Nokia yang inginkan peranti menggunakan Android.
Kini, nampaknya penantian para peminat ini nampaknya tidak akan mengambil masa yang lama lagi oleh kerana terdapat satu laporan terbaru yang jelas menyatakan bahawa Nokia Normandy bakal diperkenalkan di Mobile World Congress (MWC) 2014 kali ini yang akan berlangsung sekitar 2 minggu dari sekarang.
Walaubagaimanapun, seperti yang dijelaskan sebelum ini, Nokia Normandy hanyalah telefon pintar yang mempunyai asas penggunaan Android namun pada hakikatnya segala-galanya dikekalkan menggunakan teknologi Microsoft. Ia termasuklah ketiadaan Google Play Store dan aplikasi Google yang lain. Lebih mengejutkan, terdapat beberapa laporan mengesahkan Normandy bakal hadir dengan aplikasi Store yang berbeza daripada Play Store. Kami juga pernah melaporkan Normandy bakal hadir dengan integrasi aplikasi yang dimiliki oleh Microsoft contonhnya Skype yang menggantikan aplikasi permesejan dan Bing menggantikan Google untuk carian. Mungkin, ia juga akan hadir dengan Internet Explorer bagi memastikan Android versi Microsoft ini bakal menguasai pasaran.
The post Nokia Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Nokia Normandy Pada Bulan Ini appeared first on Nizul.
Entri: Nokia Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Nokia Normandy Pada Bulan Ini Republish from: http://nizul.my/nokia-dilaporkan-bakal-memperkenalkan-nokia-normandy-pada-bulan-ini/
Post a Comment