Sony Xperia Tablet Z seperti yang kita ketahui telah diperkenalkan oleh pihak Sony pada tahun lalu pada acara MWC 2013. Ia memperlihatkan keluarga tablet pertama kalis air oleh Sony selain membawakan reka bentuk sama dengan seperti telefon pintar milik Sony yang lain. Kini, @EvLeaks telah mendedahkan spesifikasi yang bakal ditawarkan oleh Sony untuk tablet terbaru yang mungkin bakal dinamakan Xperia Tablet Z.
Ia bakal membawakan cip pemprosesan empat teras 2.3GHz Qualcomm Snapdragon 800 dan paparan skrin berkualiti 1080p dengan 10.1 inci skrin 1900X1200 piksel dengan teknologi Triluminos yang mula diperkenalkan pada Xperia Z1. Ia juga bakal hadir dengan memori dalam 16GB, dan RAM sebanyak 3GB. Jika anda merasakan 16GB memori dalaman masih belum mencukupi, tablet ini hadir dengan sokongan mikroSD.
Kamera milik Tablet Z2 ini juga dikatakan bakal membawakan kualiti 8 megapiksel pada bahagian belakang dan juga 2 megapiksel kamera hadapan. Selain Xperia “Sirius”, nampaknya Tablet Z2 ini bakal membawakan sistem pengoperasian Android 4.4 Kitkat. Ia juga hadir dengan sokongan kalis air seperti peranti Sony yang lain. Walaubagaimanapun, ia masih belum dapat dipastikan samaada ia benar bakal hadir dengan spesifikasi berikut.
The post Spesifikasi Sony Xperia Tablet Z2 Tersebar Di Twitter appeared first on Nizul.
Entri: Spesifikasi Sony Xperia Tablet Z2 Tersebar Di Twitter Republish from: http://nizul.my/spesifikasi-sony-xperia-tablet-z2-tersebar-di-twitter/
Post a Comment