Google semalam telah dilaporkan membeli sebuah syarikat SlickLogin yang sebelum ini membuat kajian tentang menggantikan kata laluan menggunakan teks kepada menggunakan bunyi. Pihak SlickLogin juga telah mengesahkan pembelian syarikat mereka oleh pihak Google dalam kenyataan di laman web milik mereka.
Daripada laporan pihak GeekTime, pembelian ini dilakukan dengan harga beberapa juta namun tiada kenyataan daripada harga sebenar daripada pihak Google mahupun SlickLogin. Walaubagaimanpun, kami belum berjaya mendapat kenyataan mengenai teknologi ini bakal digunakan pada produk milik Google.
Google dikatakan bakal menggunakan teknologi bagi menggantikan sistem pengesahan angka 6 digit yang dihantar kepada telefon pintar ada bagi pengguna yang mengaktifkan sistem verifikasi 2 langkah. Ia bakal membolehkan pengguna mendapat pesanan suara daripada pihak Google dan anda hanya perlu meletakkan bunyian yang dihantar di komputer anda untuk melakukan proses verifikasi.
The post Google Kini Membeli SlickLogin – Syarikat Kajian Bunyi Sebagai Kata Laluan appeared first on Nizul.
Entri: Google Kini Membeli SlickLogin – Syarikat Kajian Bunyi Sebagai Kata Laluan Republish from: http://nizul.my/google-kini-membeli-slicklogin-syarikat-kajian-bunyi-sebagai-kata-laluan/
Post a Comment