Sony sedia memasuki pasaran penjualan komputer dengan jenama Vaio namun ia dilihat tidak mencapai satu tahap kepuasan pengguna seperti yang mereka perolehi dalam pasaran permainan video iaitu PS4, telefon pintar dan juga hiburan di rumah. Ia memang sesuatu yang pelik selepas membaca berita ini memandangkan mereka gagal memenuhi permintaan pasaran komputer.
Berita mengenai Sony bakal menjual perusahaan komputer mereka ini kepada Lenovo sudah lama didengari dan terbaru, ia dibawakan oleh sebuah sumber yang boleh dipercayai berasal dari negara Jepun. Dalam laporantersebut, Sony bakal menjual perusahaan komputer mereka ini dengan harga 50 bilion yen atau bersamaan RM 1.63 bilion.
Dalam pada itu, pihak Sony menafikan hubungan kerjasam atau penjualan perusahaan komputer mereka kepada Lenovo dan ia merupakan perkara biasa bagi pihak Sony untuk menafikan berita tentang syarikat mereka. Jika benar Sony bakal menjual perusahaan komputer mereka kepada Lenovo, ia bakal membolehkan Sony lebih menfokuskan pada perusahaan telefon pintar mereka iaitu Xperia.
Entri: Sony Dalam Perbincangan Menjual Bisnes Komputer Kepada Lenovo Republish from: http://nizul.my/sony-dalam-perbincangan-menjual-bisnes-komputer-kepada-lenovo/
Post a Comment