Setelah pengumuman Satya Nadella sebagai CEO ketiga syarikat Microsoft, langkah pertama yang dilihat diambil oleh Microsoft adalah menandatangani satu kerjasama bersama FourSquare untuk mendapatkan lesen menggunakan data lokasi yang terdapat pada FourSquare untuk digunakan pada perkhidmatan milik mereka.
Dalam hubungan kerjasama itu juga, Microsoft juga melaburkan sebanyak $15 juta (RM49.88 juta) kepada syarikat tersebut seperti yang dilaporkan oleh The New York Times. Dengan ini, data lokasi yang terdapatpada Foursquare dapat digunakan di kebanyakan perkhidmatan Microsoft terutamanya pada Bing dan Windows Phone.
Data lokasi yang terdapat pada FourSquare adalah merupakan antara yang terbaik setakat ini memandangkan ia membolehkan pengguna perhidmatan ini untuk menghantar nama lokasi kedudukan mereka sekarang selain memberikan cadangan tempat-tempat menarikyang patut dikunjungi di sesuatu kawasan. Hal ini adalah punca utama FourSquare berjaya menarik minat Microsoft untuk melaborkan wang sejumlah$15 juta bagi memperolehi lesen khas ini.
Dalam lesen yang telah ditandatangani oleh Microsoft ini, ia membolehkan Microsoft mengakses keseluruhan data termasuk beberapa fungsi yang masih belum ditawarkan oleh pembangun FourSquare kepada umum. Oleh itu, ia mungkin membolehkan Microsoft mendapat hak eklusif bagi sesetengah fungsi dan mungkin juga tidak. Buat masa ini, kami belum berjaya mengetahui cara Microsoft ingin mengintegrasikan fungsi ini kepada Bing dan Windows Phone. Mungkin pelbagai lagi berita bakal diketahui tidak lama lagi.
Entri: Microsoft Melaburkan $15 Juta Kepada FourSquare Untuk Menggunakan Data Lokasi Republish from: http://nizul.my/microsoft-melaburkan-15-juta-kepada-foursquare-untuk-menggunakan-data-lokasi/
Post a Comment