HTC-Smartwatch-658x370-55313213a849e770

Pengarah bagi syarikat HTC, Cher Wang sebelum ini telah mengumumkan syarikat HTC telah berjaya mengatasi masalah jangka hayat bateri pada jam tangan pintar dan dengan pengumuman itu mengesahkan pihak HTC sebenarnya dalam proses membangunkan teknologi jam tangan pintar tersendiri dan cuba untuk mengatasi syarikat-syarikat lain yang kebanyakn lain sudah memperkenalkan jam tangan pintar.


Hari ini, Bloomberg telah mengatakan bahawa HTC bakal memperkenalkan tiga peranti boleh dipakai pada MWC 2014 minggu hadapan dan salah satunya jam tangan pintar yang dikatakan bakal menggunakan teknologi jam tangan pintar yang dibangunkan oleh Qualcomm iaitu Toq. Toq adalah jam tangan pintar milik Qualcomm yang telah dipertontonkan di pasaran pada CES 2014 awal Januari dahulu.


Daripada laporan tersebut, jam tangan pintar ini bakal hadir dengan teknologi pengecasan bateri menggunakan Wi-Fi, dan keboleh upayaan untuk menjawab panggilan, mendengar musik, melihat data kalendar dan juga membaca pesanan ringkas (SMS) secara terus melalui peranti ini. Tetapi ia masih merupakan khabar angin dan kami akan mendapat pengesahan pada MWC 2014 nanti.



Sumber : Engadget

The post HTC Bakal Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Menggunakan Teknologi Qualcomm appeared first on Nizul.






Entri: HTC Bakal Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Menggunakan Teknologi Qualcomm Republish from: http://nizul.my/htc-bakal-memperkenalkan-jam-tangan-pintar-menggunakan-teknologi-qualcomm/

Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.