Hari ini, Naib Presiden Google, Sundar Pichai telah mengumumkan tarikh Google I/O bakal dijalankan bagi sesi 2014 iaitu 25 – 26 Jun 2014, acara yang bakal memperlihatkan pelbagai inovasi terbaru pihak Google bagi setiap tahun. Acara khas ini bakal diadakan di San Fransisco, Amerika Syarikat.
Pihak Google setakat ini belum lagi mengumukan laman web rasmi bagi Google I/O 2014 ini dan mungkin butiran terpinci serta borang pendaftaran bakal dibuka pada bulan hadapan. Nampaknya Google I/O 2014 ini lewat sebulan daripada tahun yang lepas dimana ia berlangsung pada bulan Mei iaitu 15 – 17 Mei 2013.
Google I/O adalah salah satu acara tahunan yang tidak boleh dilupakan selain daripada CES, MWC dan WWDC. Ia bakal membawakan inovasi, pengumuman terbaru serta kemaskini terbaru pada acara ini. Contohnya pada tahun yang lalu, ia memperkenalkan edukasi menggunakan ChromeBook di Malaysia, fail WEBP di Chrome dan beberapa lagi pengumuman penting dalam produk Google.
The post Acara Google I/O 2014 Bakal Diadakan Pada 25-26 Jun 2014 appeared first on Nizul.
Entri: Acara Google I/O 2014 Bakal Diadakan Pada 25-26 Jun 2014 Republish from: http://nizul.my/acara-google-io-2014-bakal-diadakan-pada-25-26-jun-2014/
Post a Comment