Google sedia memaparkan harga buku dalam nilai Ringgit Malaysia sebelum ini namun tidak pada senarai aplikasi pada harga Google Play Store. Hari ini, Google nampaknya telah mengemaskini aplikasi Google Play Store milik mereka membolehkan pengguna Malaysia melihat harga aplikasi dalam matawang Ringgit Malaysia dan tidak seperti sebelum ini dalam matawang US Dollar.
Ia pada asasnya merupakan perubahan yang dilihat pada skala yang kecil sahaja namun memberikan kesan kepada pengguna Android di Malaysia. Seperti kita sedia maklum, pengguna Malaysia merupakan pengguna yang paling kurang dalam membeli aplikasi secara atas talian oleh kerana beranggapan $0.99 adalah satu nilai yang mahal. Kami tidak menyalahkan pengguna Malaysia sepenuhnya dalam isu ini memandangkan pengguna Malaysia tidak suka membeli aplikasi atas talian oleh kerana proses untuk melakukannya adalah terlalu rumit sebelum ini.
Sedar mengenai keperluan untuk membeli aplikasi di atas talian, kebanyakan bank di Malaysia telah memudahkan proses ini dan untuk pengguna CIMB juga Maybank, proses untuk menyambungkan kad debit atau kad kredit anda ke Google Wallet merupakan satu proses yang amat mudah untuk dilakukan. Tambahan pula Google kini tidak meminggirkan pengguna Malaysia bermual dari tahun yang lalu.
Entri: Google Play Store Kini Memaparkan Harga Aplikasi Dalam Matawang Ringgit Malaysia Republish from: http://nizul.my/google-play-store-kini-memaparkan-harga-aplikasi-dalam-matawang-ringgit-malaysia/
Post a Comment