Acara rasmi Sony pada CES 2014 kali ini baru sahaja diadakan semalam dan membawakan pelbagai baru dan ini termasuk satu teknologi yang dikatakan satu peranti yang terkcil pernah dicipta oleh syarikat mereka dinamakan Core. Tidak dinafikan, tahun 2014 bukan sahaja membawakan perkembangan dalam era teknologi 4K malah ia juga merupakan tahun di mana pembina gadjet menfokuskan kepada peranti boleh dipakai (wearable devices).
Core membolehkan anda sentiasa dikemaskini dengan aktiviti yang dilakukan anda, jumlah langkah kaki dan juga gambar yang diambil sepanjang anda menggunakan Core dan ketika anda menyambungnya pada aplikasi LifeLog. Menurut Sony juga, ia bukan sahaja boleh dipakai sebagai gelang tangan, tetapi juga boleh diletakkan pada tapak kasut dan akan didatangkan dengan aksesori yang berwarna warni seperti di dalam gambar.
Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakannya sebagai jam penggera yang akan membangunkan anda dari tidur. Dari kenyataan Kunimasa Suzuki, Sony bakal bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain bagi memastikan ia akan hadir kepada pengguna dengan lebih menarik dan beliau juga meminta maaf disebabkan tidak dapat memberikan penerangan lebih lanjut tentang produk ini. Sony akan memberikan penerangan terperinci mengenai produk ini pada Mobile World Congress di Barcelona pada tahun ini.
Sumber : Engadget
Entri: Sony Memperkenalkan Peranti Terkecil Pernah Dicipta iaitu Core Republish from: http://nizul.my/sony-memperkenalkan-peranti-terkecil-pernah-dicipta-iaitu-core/
Post a Comment