tizen-dev-phone-3

Berita mengenai Samsung Tizen ini memang telah lama diperkatakan oleh pihak Samsung dan pelbagai media. Pada mulanya ia dikatakan akan hadir kepada pengguna pada penghujung tahun lalu tetapi telah ditunda oleh pihak Samsung atas alasan belum bersedia. Untuk pengetahuan, Tizen adalah sistem pengoperasian untuk telefon pintar yang bakal menggantikan Android pada telefon pintar milik Samsung.


Kini, ia kembali kedengaran apabila sebuah majalah dari Jepun, Mainichi telah mengesahkan Samsung Tizen akan diperkenalkan pada bulan Mac ini dan ia akan menjadikan Samsung dan Google adalah musuh selepas ini. Dalam kenyataan majalah itu juga, ia menceritakan mengapakah pengenalan Tizen ditunda sehingga sekarang dan Samsung tidak bercadang untuk terus menunda tarikh pengenalannya lebih lama.


Lanjutan daripada berita ini, Samsung juga tidak bercadang untuk memperkenalkan Tizen di Amerika Syarikat dalam masa terdekat. Ia juga dikatakan bakal diperkenalkan pada Mobile World Congress (MWC) 2014 yang akan datang.


tizen-dev-phone-2


tizen-dev-phone-1




Sumber : BGR



Entri: Samsung Tizen Bakal Diperkenalkan Pada Bulan Mac Ini Republish from: http://nizul.my/samsung-tizen-bakal-diperkenalkan-pada-bulan-mac-ini/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.