Samsung baru-baru ini telah memperkenalkan aplikasi Android yang mengelakkan anda untuk menghantar mesej sambil memandu yang dinamakan sebagai Eyes On Road. Buat masa ini ia hanya diperkenalkan untuk pengguna Singapura yang memperlihatkan negara tersebut mempunyai potensi untuk memperkenalkan ini dan mungkin akan hadir pada pengguna seluruh dunia ini.
Menurut Samsung, aplikasi ini bakal mengelakkan kemalangan yang berpunca daripada hialng fokus ketika memandu disebabkan pemandu sedang memberi perhatian kepada telefon pintar mereka. Samsung juga mengatakan peluang anda untuk mengalami kemalangan adalah 2.8 kali lebih kerap ketika anda sedang membuat panggilan manakal 23 kali lebih kerap ketika anda sedang menghantar mesej.
Aplikasi Eyes On Road ini menggunakan sensor pada telefon mudah alih anda dan juga menggunakan menara GSM untuk mengenalpasti kelajuan anda dan jika anda membawa kenderaan lebih laju daripada 20 kilometer sejam, ia secara automatik akan menyembunyikan panggilan telefon, SMS dan juga notifikasi sosial media sehingga anda sampai ke destinasi anda.
Selain itu, pengguna aplikasi ini juag berpeluang menerima ganjaran daripada Shell dan juga diskaun insurans jika berjaya mencapai pengguna bebas penggunaan telefon mudah alih ketika memandu. Walaubagaimanapu, aplikasi ini tidak mampu mengesan sekiranya anda adalah penumpang bagi kenderaan tersebut.
Entri: Samsung Memperkenalkan Aplikasi Yang Menghentikan Anda Mesej Sambil Memandu Republish from: http://nizul.my/samsung-memperkenalkan-aplikasi-yang-menghentikan-anda-mesej-sambil-memandu/
Post a Comment