bing

Katakan “Selamat Pagi Malaysia” dengan menggunakan aplikasi Bing Translator di Windows 8 dan ia akan kembali mengulang apa yang dicakapkan oleh anda dalam bahasa yang berlainan mengikut pilihan. Fungsi ini memang tidak asing lagi bagi pengguna Windows Phone 8 dan kini ia hadir kepada para pengguna Windows 8.


Ia menggunakan teknologi speech-to-speech (kata-kepada-kata) dengan mikrofon yang dimilik pada komputer milik anda yang menggunakan Windows 8 OS. Dengan pengenalan ini, ia memudahkan anda untuk hanya bercakap bagi membuat terjemahan bahasa dan berguna sekiranya anda berada sesebuah negara dan ingin bertanya arah.


Selain daripada fungsi bercakap untuk menterjemah, ia juga hadir dengan fungsi untuk membaca tulisan asing pada gambar dan menterjemahnya kepada bahasa pilihan anda. Bing juga melaporkan ia menambah fungsi yang membolehkan anda menterjemah secara offline dengan memuat turun language pack pilihan anda.


Bagi yang berminat untuk mencuba, anda boleh mula muat turun aplikasi ini melalui pautan berikut.


BingTranslatorWindows




Sumber : Bing



Entri: Bing Translator Mengulang Kembali Apa Yang Dicakap Dalam Bahasa Lain Republish from: http://nizul.my/bing-translator-mengulang-kembali-apa-yang-dicakap-dalam-bahasa-lain/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.