Formula One World Championship 2013, Round 14, Korean Grand Prix

Inernet Berkelajuan Tinggi LTE (Long Term Evolution) ataupun sering disebut 4G LTE masih belum berjaya diperkenalkan secara meluas di negara Malaysia dan boleh dikatakan ia masih dalam peringkat maksima bagi mencapai kelajuan internet yang paling maksima boleh dicapai oleh teknologi ini. Namun begitu, pada hari ini, terdapat laporan yang menyebut bahawa negara Korea Selatan yang merupakan negara wujudnya syarikat Samsung sedang dalam kajian untuk memperkenalkan teknologi 5G di negara tersebut.


Daripada apa yang dilaporkan, ia bakal diperkenalkan menjelang tahun 2020 dan Kementeria Komunikasi dan Teknologi Korea Selatan membelanjakan 1.6 trilion Won (RM 3.1 bilion) untuk projek ini. Teknologi 5G ini dikatakan mempunyai 1000 kali ganda lebih lau daripada teknologi LTE yang terdapat di pasaran sekarang dan jika ini benar, ia akan membolehkan pengguna memuat turun video bersaiz 800mb dalam masa satu saat.


Selain daripada itu, kerajaan negara tersebut nampaknya bakal membuat kerjasama dengan pengeluar telefon pintar di negara tersebut seperti Samsung dan LG bagi membolehkan teknologi ini dapat diperkenalkan menjelang peghujung dekad ini.



Sumber : TheNextWeb





Entri: Korea Selatan Dalam Penyelidikan Untuk Memperkenalkan Internet Berkelajuan Tinggi 5G Republish from: http://nizul.my/korea-selatan-dalam-penyelidikan-untuk-memperkenalkan-internet-berkelajuan-tinggi-5g/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.