Google memang tidak dinafikan kini sedang menumpukan pada pembangunan robot yang memerlukan kepintaran tiruan atau dalam terma bahasa inggeris iaitu Artificial Intelligence. Projek pembinaan robot ini diketuai oleh Andy Rubin, jurutera Google yang sebelum ini pernah mengetuai projek pembinaan Android yang kini menjadi sistem pengoperasian di kebanyakaan telefon pintar.
Kini, Google melangkah ke hadapan untuk memastikan projek ini berjalan lancar dengan membeli firma penyelidikan Artificial Intelligence iaitu DeepMind dengan harga dikatakan $400 juta walaupun harganya belum disahkan oleh pihak Google. DeepMind dalam laman web rasmi milik mereka mengatakan syarikat ini pernah memperkenalkan aplikasi simulasi, e-commerce, dan permainan video menggunakan teknologi ini.
Dengan pembelian syarikat ini, nampaknya, kita mungkin bakal melihat teknologi robot yang berfikir dengan sendiri dan bakal membantu manusia melakukakn tugas harian. Teknologi Artificial Intelligence (AI) dilihat menjadi satu kajian yang hangat dalam kalangan pengaturcara memandangkan keupayaan otak manusia berfikir dan berfungsi adalah sesuatu yang diluar jangkaan manusia. AI memang tidak dinafikan banyak digunakan pada aplikasi dan permainan video namun teknologi ini masih diperingkat penyelidikan.
Entri: Google Kini Membeli DeepMind, Syarikat Penyelidikan Artificial Intelligence Republish from: http://nizul.my/google-kini-membeli-deepmind-syarikat-penyelidikan-artificial-intelligence/
Post a Comment