Lupakan sekejap mengenai Google Glass yang dikatakan bakal hadir dalam pasaran pengguna bermula pada tahun ini yang sudah cukup untuk menyebabkan para pengguna mengaguminya. Kini, Google Research And Development atau lebih dikenali sebagai Google X dilaporkan dalam pembinaan satu lagi teknologi untuk peranti boleh dipakai (wearable devices) iaitu kanta lekap pintar.
Daripada kenyataan pihak Google, kanta lekap pintar ini bakal digunakan secara meluas dalam sektor perubatan. Google juga mengatakan ia akan menyukat kadar kandungan glukosa (gula) dalam air mata anda untuk mengesan penyakit diabetes tanpa memerlukan jarum dan darah.
Teknologi ini menggunakan cip tanpa wayar yang bersaiz kecil yang dipasang pada kanta lekap tersebut dan menurut Google, ia turut hadir dengan pengesan glukosa dan cip tersebut menggunakan “biocompatible” teknologi yang tidak memudaratkan penggunanya. Google juga mengatakan mereka dalam proses untuk menerapkan lampu LED pada peranti yang bakal berkelip jika terdapat notifikasi.
Google sebelum ini dikatakan dalam perbincangan bersama Food And Drug Administration (FD) untuk memastikan teknologi ini selamat digunakan. Selain itu, Google juga dilaporkan dalam proses mencari syarikat yang berminat untuk memastikan teknologi ini berjaya mengusai pasaran baru ini.
Sumber : Engadget
Entri: Google X Dalam Pembinaan Projek Kanta Lekap Pintar Republish from: http://nizul.my/google-x-dalam-pembinaan-projek-kanta-lekap-pintar/
Post a Comment