Facebook sebelum ini pernah memperkenalkan satu fungsi yang memang tidak asing bagi pengguna Twitter iaitu #Hashtag yang dilihat salah satu cara bagi menarik minat pengguna golongan muda kembali ke Facebook setalah beralih kepada Twitter. Ia buka sesuatu tuduhan kepada pihak Facebook namun syarikat tersebut memang mengakui perkara tersebut di mana golongan mudah beralih ke Facebook berpunca daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain kebanyakannya menggunakan Facebook dan ini menyebabkan golongan remaja merasakan mereka tiada privasi. Kini, satu lagi fungsi yang secara terang meniru Twitter adalah Trending yang bakal terpapar pada News Feed.
Dengan pengenalan ini, pengguna bakal menerima berita yang kadangkala tidak terpapar pada bahagaian News Feed anda. Menurut Facebook, fungsi ini memang telah lama diuji dan pada hari ini, sesetengah pengguna akan mula menerima kemaskini secara berperingkat.
Facebook juga mengatakan ia akan hadir pada bahagian kanan News Feed yang membolehkan anda melihat topik yang sedang menjadi bualan di media sosial tersebut dan jika pengguna ingin melihat tajuk yang selebihnya, ia hadir bersama butang “See More”.
Selain itu, tajuk yang akan terpapar padanya juga sebenarnya berkait rapat dengan Facebook Page yang anda telah Like dan juga ikut sebelum ini selain kata kunci yang menjadi tajuk utama pengguna. Namun begitu, ia buat masa sekarang hanya akan hadir kepada beberapa buah negara terlebih dahulu dan pengguna Malaysia mungkin akan menerimanya beberapa hari lagi.
Facebook juga mengakui fungsi ini masih dalam proses ujian peringkat awal untuk pengguna yang menggunakan Facebook pada peranti mudah alih dan ia akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Entri: Facebook Memperkenalkan Fungsi Trending – Mengikut Jejak Langkah Twitter Republish from: http://nizul.my/facebook-memperkenalkan-fungsi-trending-mengikut-jejak-langkah-twitter/
Post a Comment