Google Glass sedia menerima pelbagai aplikasi yang dibangunkan bagi membolehkan produk terbaru milik Google ini hadir ke pasaran dengan pelbagai aplikasi menarik. Terbaru, Google Developer memperkenalkan 5 variasi permainan mini yang setiap kesemuanya dimainkan dengan cara mengerakkan kepala dan menggunakan arahan suara untuk mengaktifkannya.
Menurut pihak Google Developer, ia sebenarnya hanyalah contoh permainan bagi membolehkan pembangun aplikasi Glass (Glassware) terbuka minda untuk memberikan lebih banyak permainan menarik. 5 aplikasi permainan yang dimaksudkan oleh kami adalah Tennis, Balance, ClayShooter. Matcher dan Shape Splitter.
Permainan Tennis menjadikan kepada anda sebagai raket tenis dengan menggerakkan kepala untuk membalas pukulan bola tenis. Namun begitu, kami gagal untuk menjumpai bagaimana ia dimainkan seterusnya samaada berlawan menentang komputer atau memerlukan 2 pengguna Google Glass.
Balance memerlukan anda untuk menyeimbangkan bentuk yang berada di atas kepala supaya tidak jatuh. ClayShooter pula merupakan permainan menembak objek menggunakan Google Glass milik anda. Setiap kali anda memberikan arahan “Pull!”, objek tersebut akan terbang ke arah anda dan anda perlu mengarahkan Google Glass ke objek tersebut untuk menembak.
Matcher pula merupakan permainan yang menguji ingatan anda. Ia seperti permainan untuk meneka dua kad yang mempunyai bentuk yang sama pada permainan klasik di telefon bimbit Nokia dahulu. Shape Splitter mula merupakan permainan seakan-akan Fruit Ninja yang membolehkan anda memotong objek apabila tangan anda sekiranya ia mengesan pergerakan tangan anda memotong objek virtual tersebut.
Entri: Google Glass Kini Hadir Dengan 5 Variasi Permainan Mudah Republish from: http://nizul.my/google-glass-kini-hadir-dengan-5-variasi-permainan-mudah/
Post a Comment