Samsung Galaxy S5 adalah sesuautu yang dinantikan oleh ramai peminat Samsung juga peminat Android memandangkan Samsung merupakan pengeluar telefon pintar Android yang paling terbesar setakat ini. Dengan pengenalan Galaxy Note 3 baru-baru ini, ramai peminat Samsung sedikit hambar oleh kerana ia masih mengekalkan badan plastik cuma bahagian sisi sahaja diperbuat daripada logam.


Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan Samsung Galaxy S5 ini tidak akan hadir dengan badan diperbuat daripada logam tetapi tetapi Galaxy F, telefon pintar terbaru oleh Samsung ini yang bakal hadir dengan badan diperbuat daripada logam. Namun begitu, satu laporan terbaru daripada sebuah blog berbahasa Jepun iaitu EMS One, Galaxy S5 akan hadir dengan badan yang lebih premium bukan lagi daripada plastik seperti sebelum ini.


Daripada laporan tersebut, pembekal bagi komponen-komponen untuk peranti ini iaitu Catcher dari Taiwan akan mula membekalkan badan logam ini pada bulan ini. Catcher bakal membekalkan sebanyak 10 ke 30 juta unit barangan ini manakala selebihnya bakal dibekalkan oleh BYD dari China dan Ju Teng dari Taiwan.


Sebelum ini, telefon pintar ini dikatakan bakal hadir dengan spesifikasi yang amat tinggi iaitu 64-bit cip pemprosesan Exynos, kamera 16 megapiksel dengan teknologi yang lebih moden, 3GB RAM, bateri dengan 4,000 mAh dan Android KitKat 4.4. Dengan hadirnya badan diperbuat daripada logam ini, skrin Super-AMOLED bakal lebih bermakna daripada sebelum ini dan ia bakal membolehkan Samsung terus mengekalkan pasarannya dalam penjualan telefon pintar.


Apa yang pasti, Samsung Galaxy S5 ini akan hadir awal tahun 2014 seperti sebelum ini namun belum dipastikan tarikh yang lebih tepat. Tetapi ada juga yang menjangkakan kelewatan peranti ini bakal diperkenalkan di pasaran iaitu pada suku kedua 2014 tidak seperti keluarganya sebelum ini pada suku pertama 2013 iaitu Galaxy S4.




Sumber : BGR






Entri: Samsung Galaxy S5 Bakal Hadir Dengan Badan Diperbuat Daripada Logam Republish from: http://skynightz.com/samsung-galaxy-s5-bakal-hadir-dengan-badan-diperbuat-daripada-logam/

Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.