Setelah sebulan Android 4.4 Kitkat dilancarkan, sistem pengoperasian Android versi terbaru ini telah mula digunakan oleh pengguna sebanyak 1.1% daripada jumlah keseluruhan peranti Android di seluruh dunia. Statisitik ini di ambil daripada laman web Google Android dan mereka mengambil kira statistik ini daripada jumlah peranti yang memuat turun aplikasi dari Google Play Store.


Kitkat telah mula didapati oleh beberapa peranti termasuk Moto X dan juga Galaxy S4 dan HTC One edisi Google. Jumlah ini mungkin akan bertambah tidak lama lagi oleh kerana HTC, Samsung, Motorola dan Sony bakal mengemaskini peranti milik mereka kepada KitKat beberapa minggu atau bulan lagi.


android


Manakala versi sebelum KitKat iaitu Jelly Bean (4.1-4.3) mencapai angka 54.5%, dan menjadikan Jelly Bean platform terbanyak digunakan di dalam peranti Android.Walaubagaimanapun, cara mereka mendapatkan statistik ini tidak terlalu tepat memandangkan terdapat peranti yang tidak log masuk ke Google Play namun jumlah perbezaan yang dikira tidak mungkin terlalu banyak.






Entri: KitKat 4.4 Kini Diguna Sebanyak 1.1% Di Peranti Android Selepas Sebulan Diperkenalkan Republish from: http://skynightz.com/kitkat-4-4-kini-diguna-sebanyak-1-1-di-peranti-android-selepas-sebulan-diperkenalkan/

Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.