Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai telefon pintar Nokia Lumia 525 yang merupakan penambahbaikan daripada telefon pintar Lumia 520 yang menjadi Telefon pintar Windows Phone yang paling laris di pasaran suatu ketika dahulu. Kini, ia nampaknya bakal hadir ke Malaysia bermula esok dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM 499 dan memang harga ini sudah dijangka memandangkan ia hadir dengan harga pasaran di Amerika Syarikat iaitu USD 199.


Tetapi harganya dilihat ditawarkan lebih murah di Malaysia kerana ia sepatutnya dalam lingkungan RM 550 – 600 jika ia ditukar dari USD 199 ke Ringgit Malaysia. Ia juga boleh dikatakan agak murah kerana ia hadir dengan 1GB RAM dan juga spesifikasi yang boleh dikira sepatutnya dalam harga RM 700 dan ke atas.


Telefon pintar ini dikuatkuasakan dengan cip pemprosesan 1GHz Qualcomm Snapdragon, dinaik taraf daripada Lumia 520. Ia juga menggunakan sistem pengoperasian versi terbaru Windows Phone 8 yang membuatkan telefon pintar ini lebih bergaya apabila didalam genggaman tangan anda.


Lumia 525 mengekalkan ciri-ciri yang ada pada abangnya iaitu Lumia 520 dengan skrin bersaiz 800×480 piksel dengan 4inci skrin, kamera di bahagian belakang sebanyak 5 Megapiksel dan sokongan untuk mengambil video 720p, 30fps. Ia juga hadir dengan memori dalaman sebanyak 8GB dan sokongan MicroSD dengam maksimum 64GB. Selain itu, anda juga bakal menerima 7GB percuma SkyDrive.


Lumia 525 bakal memberikan saingan kepada Motorola G yang baru sahaja diperkenalkan pada awal bulan November ini. Kedua-duanya menfokuskan Asia sebagai pasaran mereka oleh kerana telefon ini berkuasa sederhana sesuai dengan bajet negara Asia yang kebanyakannya tidak mampu untuk membeli telefon pintar dengan spesifikasi tinggi.





Sumber : Amanz.My






Entri: Nokia Lumia 525 Dengan Harga RM 499 Di Malaysia Bermula Esok Republish from: http://skynightz.com/nokia-lumia-525-dengan-harga-rm-499-di-malaysia-bermula-esok/

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.