Nampaknya, para pembangun aplikasi untuk sistem pengoperasian di iOS yang digunakan di telefon pintar iPhone dan iPada perlu dioptimasikan untuk iOS7 yang menggunakan teknologi Xcode 5 bermula 1 Februari 2014. Arahan dari pihak Apple bukan sahaja bagi para pembangun yang baru ingin memperkenalkan aplikasi mereka tersenarai di App Store, tetapi juga kepada aplikasi yang kini sudah berada di dalam App Store.
Sistem pengoperasian iOS7 diperkenalkan pada Jun yang lepas dan mula didapati oleh pengguna iPhone dan iPad bermula pada September yang lalu. Dalam masa 3 bulan pengenalan iOS7, ia sudah mencapai angka 76 peratus peranti yang menggunakan iOS7 dan mungkin selebihnya itu merupakan peranti milik Apple yang tidak mendapat kemaskini iOS7.
Tidak pelik mengapa pembangun aplikasi perlu mengoptimasikan aplikasi untuk iOS7 memandangkan majoriti pengguna iOS adalah pengguna yang menggunakan iOS7. Pengguna yang masih menggunakan peranti yang sudah lama mungkin perlu melihat kepada iPhone 5s sekarang oleh kerana Apple dilihat tidak akan meneruskan menyokong lagi peranti yang sudah 2 tahun dari tarikh pengeluarannya. Bagi para pembangun, anda boleh mula merujuk garis panduan di sini.
Sumber : TheNextWeb
Entri: Aplikasi Di iOS Perlu Dioptimasikan Untuk iOS7 Bermula 1 Februari 2014 Republish from: http://skynightz.com/aplikasi-di-ios-perlu-dioptimasikan-untuk-ios7-bermula-1-februari-2014/
Post a Comment