Memang tidak dinafikan, bulan Disember adalah bulan di mana negara-negara Eropah dan Amerika bercuti memandangkan ia adalah musim sejuk juga pada 25 Disember adalah sambutan Hari Natal. Bagi mempromosikan Blackberry ekosistem kepada semua pengguna, mereka mengambil peluang untuk sambutan Hari Natal ini dengan memberikan aplikasi percuma setiap hari bermula 1 Disember hingga 25 Disember 2013. Ini bermakna, bagi setiap pemilik telefon pintar Blackberry, anda bakal mendapat 25 aplikasi percuma dan ia bakal bermula 1 Disember iaitu esok.


Namun begitu, aplikasi percuma ini hanya bakal ditawarkan kepada pengguna Blackberry 10 yang meliputi model Blackberry Z10, z30, Q10 dan Q5. Tawaran yang diberikan oleh Blackberry ini meliputi aplikasi, filem dan permainan yang bakal ditawarkan melalui Blackberry World.


blackberry-25-gift


Kandungan yang bakal ditawarkan oleh Blackberry juga tidak selaras untuk setiap negara dan aplikasi bakal diperolehi oleh pengguna berbeza-beza dan untuk pengguna Blackberry, anda boleh bersama-sama nantikan tawaran selama 25 hari untuk Blackberry milik anda.




Sumber : Amanz.My







Entri: Blackberry Bakal Menawarkan Aplikasi Percuma Setiap Hari Selama 25 Hari Republish from: http://skynightz.com/blackberry-bakal-menawarkan-aplikasi-percuma-setiap-hari-selama-25-hari/


Post a Comment

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu.
Powered by Blogger.