RAKYAT KELANTAN BOIKOT AKHBAR KOSMO! - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di RAKYAT KELANTAN BOIKOT AKHBAR KOSMO! harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
RAKYAT KELANTAN BOIKOT AKHBAR KOSMO!

RAKYAT KELANTAN BOIKOT AKHBAR KOSMO!



KUALA LUMPUR - Gara-gara kerap menggunakan tajuk berita yang tidak berpatutan, rakyat Kelantan meluahkan kemarahan mereka terhadap akhbar Kosmo yang dianggap cuba memalukan nama negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Rakyat Kelantan terutamanya yang tinggal di luar dari negeri itu menyeru agar saudara mara mereka di Kelantan memboikot Kosmo kerana tidak berpuas hati dengan penerbitan berita yang sudah tiga kali menyebut nama Kelantan pada tajuk berita yang melibatkan kes jenayah dan salah laku.

Kosmo menggunakan tajuk berita ‘Lelaki Kelantan diheret ke mahkamah’, ‘Lebam dicubit ustazah dari Kelantan’ dan ‘Penampar mahal lelaki Kelantan’ pada hari yang berbeza.

Rakyat Kelantan menganggap tajuk-tajuk berita itu berniat jahat, seolah-olah mahu mengambarkan orang Kelantan berperangai buruk dan tingkah laku yang pelik.

Selain itu, mereka juga menganggap Kosmo terlalu terdesak mahu melariskan jualan akhbar mereka sehingga sanggup menimbulkan persepsi negatif rakyat di negeri lain terhadap Kelantan.

Ekoran dari itu, Facebook 'Kami Seluruh Rakyat Kelantan Memboikot Akhbar Kosmo' diwujudkan bagi kempen memboikot Kosmo.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal RAKYAT KELANTAN BOIKOT AKHBAR KOSMO!. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.