(8GAMBAR) pesawat J-10 terhempas Juruterbang aerobatik wanita terbunuh
Seorang juruterbang wanita dari kumpulan aerobatik August 1 terbunuh dalam satu kemalangan sewaktu latihan, semalam.
Shanghai Daily melaporkan, Yu Xu, 30, terbunuh apabila pesawat J-10 Chengdu yang dinaikinya terhempas di wilayah Hebei.
Seorang lagi juruterbang, bagaimanapun sempat menganjal keluar dari pesawat dan dilaporkan sedang dirawat kerana cedera. Kumpulan aerobatik August 1, yang turut dibarisi juruterbang wanita, merupakan salah satu daripada tiga pasukan aerobatik udara Pasukan Udara, Tentera Pembebasan China.
Pada Pertunjukan Udara dan Maritim (LIMA 2015) di Langkawi, kumpulan ini berjaya memukau para pengunjung dengan mempamerkan persembahan aerobatik udara yang menarik dan mengujakan. - AGENSI -cgk
Artikel (8GAMBAR) pesawat J-10 terhempas Juruterbang aerobatik wanita terbunuh ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.
http://infolagi2u.blogspot.com/2016/11/8gambar-pesawat-j-10-terhempas.html
Post a Comment