Hukum Pakai Serban Kopiah adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Hukum Pakai Serban Kopiah membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Hukum Pakai Serban Kopiah

Hukum Pakai Serban Kopiah

*

Seorang yang tidak memakai penutup kepala tanpa uzur, maka makruh hukumnya. Terlebih lagi ketika melakukan solat fardhu, dan teristimewa lagi ketika mengerjakan solat secara berjamaah. [Lihat As-Sunan wal Mubtadaat (hal. 69) karya Asy-Syuqoiriy].

Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani berkata, "Menurut hematku, sesungguhnya solat dengan tidak memakai tutup kepala hukumnya adalah makruh. (Tamamul Minnah fit Ta’liq ‘ala Fiqhis Sunnah (hal. 164-165)).

Yang perlu disebutkan di sini adalah bahwa solat tanpa mengenakan tutup kepala hukumnya adalah makruh saja, dan solat tidak batal sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Baghawi dan majoriti ulama lain. [Lihat Al-Majmu’ (2/51).

Ulama mengatakan, tidak menutup kepala ketika solat hukumnya MAKRUH. Makruh bermakna kalau solat dengan tidak menutup kepala, tidak berdosa tetapi jika tutup kepala akan dapat pahala. Orang yang solat dengan menutup kepala akan mendapat PAHALA menutup kepala, orang yang tidak menutup kepala tidak dapat pahala menutup kepala.

*
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan, “Apabila Rasulullah s.a.w. memakai amamah (serban), baginda akan biarkan shamlah (hujung atau ekornya) diantara bahunya (iaitu di belakang).” Nafi’ berkata, “Aku telah lihat Abdullah Ibn Umar r.a. meniru cara yang sama.” Ubaidullah, seorang murid Nafi’ berkata, “aku lihat Qasim bin Muhammad (cucu Abu Bakar r.a.) dan Salim bin Abdullah (cucu Umar r.a.) juga mengikut cara yang sama. (Sunan Tirmidzi, Bab Pakaian, Hadith 1736)

Ibnu ‘Asakir meriwayatkan Tarikhnya, Imam Malik berkata :
لا ينبغي أن تترك العمائم ولقد اعتممت وما في وجهي شعرة
Tidak sepatutnya ditinggalkan amalan memakai serban. Sesungguhnya saya memakai serban sejak belum tumbuh rambut di wajah saya (belum bermisai dan berjanggut)”.

Imam al-Baihaqi dalam kitabnya Manaqib asy-Syafi’ie menyebutkan antara lainnya; Rabi’ bin Sulaiman pernah ditanya orang tentang cara berpakaian dan jenis pakaian Imam Syafi’ie. Rabi’ menerangkan; “Pakaiannya adalah sederhana, tidak memakai jenis pakaian yang mahal, dia hanya memakai kain yang diperbuat dari kapas dan tenunan Baghdad, kadang-kadang dia memakai kopiah dan tidak berlebih-lebihan dan dia lebih sering memakai serban….”.

*

Hukum Pakai Serban Kopiah ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Kangkung merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Lenggang Kangkung iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.