Bukan Semua Bid'ah Adalah Sesat
*
Rasulullah melalui sabdaan baginda:
وكُلُّ بِدْعَةٍ ضلالَةٌ
Tafsiranya: “Kebanyakan (BUKAN SEMUA) perkara bid'ah itu adalah sesat”.
al-Hafiz al-'Iraqi berkata dalam kitabnya al-Alfiyyah menyebutkan:
وَخَيْرُ مَا فَسَّرْتَهُ بِالْوَارِدِ
Maknanya: “Sebaik-baik yang mentafsirkannya adalah yang warid juga”.
Ertinya sebaik-baik mentafsirkan perkara yang warid adalah yang warid jua.
Ulama mengatakan:
إِنَّ أَحْسَنَ تَفْسيرٍ مَا وَافَقَ السِّيَاقَ
Mafhumnya: “Sesungguhnya sebaik-baik pentafsiran adalah apa yang bertepatan dengan susunan ayat”.
Susunan ayat hadith Rasulullah memulakan dengan sabdanya:
فَإِنَّ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ
Mafhumnya: “Sesungguhnya sebaik-baik kalam adalah al-Quran”.
Ertinya sebaik-baik kalam adalah kalam Allah.
وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ
Mafhumnya: “Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Muhammad”.
Maknanya sebaik-baik perjalanan sirah atau perjalanan hidup adalah sirah atau perjalanan hidup Rasulullah.
Kemudian sabda baginda:
وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا
“Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang baharu... hingga ke akhir hadith.”
Makna hadith tersebut :
إِنَّ شَرَّ الأُمُورِ الْمُحْدَثَاتُ الَّتي خَالَفَتْ أَحْسَنَ الْحَديثِ وَأَحْسَنَ الْهَدْيِ وَهِيَ بِدْعَةُ الضَّلالَة
“Sesungguhnya seburuk-buruk perkara baharu yang bercanggah dengan sebaik-baik ucapan dan sebaik-baik petunjuk adalah bid'ah yang sesat atau bid'ah dolalah”
Celaan yang dimaksudkan dalam hadith tersebut tidak termasuk bid'ah hasanah.
Al-Hafiz al-Nawawi seorang tokoh hadith yang terkenal dalam Syarh Sahih Muslim (j. 6, hlm. 154) menegaskan:
وْلُهُ صلى الله عليه وسلم ((وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ)) هَذا عامٌّ مَخْصُوصٌ (أي لَفْظُهُ عامٌّ وَمَعناهُ مَخْصوصٌ)، والْمُرادُ بِهِ غالِبُ البِدَعِ
Maknanya: “Sabda Nabi (وكل بدعة ضلالة) ini adalah keumuman (كل) yang dikhususkan (lafaznya umum tetapi maknanya dikhususkan). Yang dimaksudkannya adalah kebanyakan (BUKAN SEMUA) perkara bid'ah itu sesat”.
Al-Hafiz al-Nawawi (j.6, hlm.155) menambah:
لا يَمْنَعُ مِنْ كَوْنِ الْحَديثِ عامًّا مَخْصُوصًا قَوْلُهُ ((كُلُّ بِدْعَة))ٍ مُؤَكَّدًا بِكُلُّ، بَلْ يَدْخُلُهُ التَّخْصيصُ مَعَ ذَلِكَ كَقَوْلِهِ تعالى ((تُدَمِّرُ كُلَّ شَىْء)) [سورة الأحقاف، 25].اهـ.
"Tidak ada larangan untuk menghukumkan kedudukan hadith ini am/umum yang dikhususkan bahawa
Nabi bersabda (كُلُّ بِدْعَةٍ) disokong dengan lafaz “كُلُّ” pada permulaannya itu bahkan hadith tersebut tetap boleh dimasuki takhsis atau pengkhususan sama seperti firman Allah ta'ala dalam surah al-Ahqaf, ayat 25 berhubung kaum 'Ad:
تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّهَا
Mafhumnya: “Yang menghancurkan kebanyakan sesuatu dengan perintah Tuhannya".
Ayat ini lafaznya umum, namun maknanya adalah khusus kerana angin yang datang hanya ia membinasakan semua sesuatu yang diperintahkan oleh Allah ke atas golongan kuffar dalam kalangan kaum 'Ād lalu angin tersebut membinasakan mereka tetapi ia tidak menghancurkan atau membinasakan segala sesuatu yang ada di atas muka bumi kerana Allah ta'ala telah mengkhabarkan kepada kita bahawa Dia telah menyelamatkan Nabi Nuh alaihis-salam dan umat mukminin yang bersamanya.
Allah ta'ala berfirman dalam surah Hud, ayat 58:
وَلَمَّا جَآءَ أَمْرُنَا نَجَّيْنَا هُودًا وَالَّذِينَ ءَامَنُوا مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِنَّا وَنَجَّيْنَاهُمْ مِنْ عَذَابٍ غَلِيظٍ
Mafhumnya: “Dan tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Hud dan orang-orang yang beriman bersama dia dengan rahmat daripada Kami; dan Kami selamatkan (pula) mereka (pada Hari Akhirat) dari azab yang berat” .
Antara contoh penggunaan “العامِّ الْمَخْصوصِ” iaitu dalil umum yang dikhususkan adalah sabda Rasulullah ﷺ:
كُلُّ عَيْنٍ زانيةٌ
Mafhumnya: “Kebanyakan mata itu berzina” .
Sudah diketahui secara maklum pada syarak bahawa hadith ini tidak termasuk mata para nabi alaihimus-solatu-wassalam kerana Allah ta'ala telah memelihara mereka daripada perkara tersebut berdasarkan firman Allah ta'ala dalam surah al-An'ām, ayat 86:
وَكُلاًّ فَضَّلْنَا عَلى الْعَالَمين
“Setiap mereka (nabi-nabi) Kami lebihkan ke atas sekalian alam”
Telah warid dalam sebuah hadith yang sahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitabnya Sunan Abī Dāwūd, bab pada menyebut sangkala-sangkala dan Hari Kebangkitan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
كُلُّ ابْنِ ءادَمَ تأكُلُهُ الأَرْضُ إلا عَجْبَ الذَّنَبِ مِنْهُ خُلِقَ وَفِيهِ يُرَكَّبُ
“Semua anak Adam (jasad manusia) akan dimakan oleh tanah, kecuali tulang punggungnya (عَجْبَ الذَّنَبِ). Daripadanya ia diciptakan, dan daripadanya pula ia akan dihimpun kembali”
Ini menguatkan hujah bahawa kalimah “كُلّ” tidak sentiasa datang dengan makna keseluruhannya atau semua (الشُّمُولِ الْكُلِّيِّ) berdasarkan dalil bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ اللهَ حَرَّمَ عَلَى الأَرْضِ أَنْ تَأكُلَ أَجْسَادَ الأَنْبِيَاء
“Sesungguhnya Allah ta'ala mengharamkan ke atas bumi untuk memakan atau memamah jasad-jasad para nabi”.
Maka makna “كُلُّ” di dalam hadith: “كُلُّ ابْنِ ءادَمَ تأكُلُهُ الأَرْضُ” adalah kebanyakan (الأغْلَبَ) kerana Rasulullah mengecualikan dalam hadith yang lain para nabi dalam perkara ini.
والله أعلم وأحكم
Disediakan oleh: Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)

Bukan Semua Bid'ah Adalah Sesat ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Kangkung merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Lenggang Kangkung iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment