Ta'wil / Takwil adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Ta'wil / Takwil membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Ta'wil / Takwil

Ta'wil / Takwil

*

Ta'wil ialah memalingkan makna zahir kepada makna lain yang masih dapat dikandungnya, yang sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah. (Al-Imam Al-Jurjani ,At-Ta‘rifât, 50).

Menjauhkan makna dari segi zahirnya kepada makna yang lebih layak bagi Allah, ini kerana zahir makna nas al-Mutasyabihat tersebut mempunyai unsur jelas persamaan Allah dengan makhluk.

Memberi makna lain kepada sesuatu lafaz, berdasarkan qarinah (petunjuk) dalam jumlah keseluruhan atau sebahagian ayat tersebut.

Oleh itu, kalimah Istawa difahami seperti berikut:
* Beriman dengan kalimah Istawa daripada Al-Quran
* Kemudian ditakwilkan MAKNAnya kepada Istaula (استولى) yang bermaksud menguasai.

Imam an-Nasafi menulis :
{ استوى } استولى . عن الزجاج
Istawa ertinya Istaula, dikhabarkan dari Imam az-Zajjaj as-Salafi (241-311 H). (Tafsir An-Nasafi - Surat al-A’raf – ayat 54)

Huraian: Imam an-Nasafi merujuk ke Tafsir Imam az-Zajjaj as-Salafi, dalam Tafsirnya az-Zajjaj menta’wil Istawa dengan Istaula, inilah bukti bahwa SEBAHAGIAN Salaf melakukan Ta’wil. Walaupun KEBANYAKAN Salaf lebih memilih Tafwidh tetapi tidak mengkafirkan SEBAHAGIAN yang bermanhaj Ta’wil.

Dalil berkaitan TAKWIL: Rasulullah berdoa kepada Ibnu Abbas dengan doa: Maknanya: “Ya Allah alimkanlah dia dengan hikmah dan ta'wil Al quran”. (H.R Ibnu Majah)

Hadis riwayat Ibnu al-Mundziri:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ :(وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْلَهُ اِلاَّ اللهُ وَ الرَّاسِخُوْنَ فِى الْعِلْمِ) قَالَ: اَنَـامِمَّنْ يَعْلَمُوْنَ تَـأْوِيْـلَهُ.(رواه ابن المنذر)

"Dari Ibnu Abbas tentang firman Allah: 'Dan tidak mengetahui takwilnya kecuali Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya'. Berkata Ibnu Abbas: 'Saya adalah di antara orang yang mengetahui takwilnya."

SEBAHAGIAN salaf, termasuk Ibnu Abbas mentakwil ayat-ayat Al-Quran. KEBANYAKAN Salaf  lebih memilih Tafwidh tetapi tidak mengkafirkan SEBAHAGIAN yang bermanhaj Ta’wil.

Wallahu A'lam.


*


Link pilihan:

Manhaj SALAF Yang Sebenar

Kefahaman yang Sahih tentang fahaman SALAF

MEMAHAMI FAHAMAN TAJSIM

Fakta Golongan Salaf dan Khalaf melakukan TAKWIL

Di mana salahnya aqidah fahaman Wahabi Salafi




*

Ta'wil / Takwil ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Kangkung merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Lenggang Kangkung iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.