Kisah Luahan Tertipu Dengan Penjual Online merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Kisah Luahan Tertipu Dengan Penjual Online membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
Kisah Luahan Tertipu Dengan Penjual Online

Kisah Luahan Tertipu Dengan Penjual Online


Buat pertama kalinya saya tertipu sewaktu berurusniaga secara online. Dalam pada berhati-hati, terkena juga akhirnya! 

Kisah ni bermula sebelum bulan Ramadhan lalu. Saya sibuk mencari sesuatu sebagai free gift untuk pelanggan bisnes online saya. Sehinggalah terjumpa satu kedai di Instagram ni, buat pin cushion dengan harga murah. Cuma RM2 satu dengan belian minima 30 pin cushion, siap free delivery! 

Murah ni, boleh percaya ke? Saya terfikir juga hal ni. Tambahan pulak, tengok Instagram dah berbulan tiadaupdate. Saya tinggalkan komen di situ, dan segera dibalas. Terus rasa yakin untuk meneruskan urusniaga...sambil berfikir - kalau kena tipu pun tak banyak amaunnya. Bolehlah cuba...


25 Mei 2016 saya buat bayaran (mujur bayar separuh). Menurut penjual tu, pin cushion akan siap dalam masa DUA minggu. Saya pun menunggu....

Cukup masa, masih belum siap lagi 6 biji. Saya menunggu lagi. Tapi rupa-rupanya...itulah kali terakhir dia membalas WhatsApp saya! 

Saya mencuba segala cara - semua panggilan telefon, mesej dan panggilan WhatsApp, SMS, komen di Instagram...tiada berbalas! Mesej di WhatsApp siap double tick blue, namun masih tiada respon. Baru-baru ni pun saya cuba telefon dia, pun tak berjawab. 

Pada mulanya saya bersangka baik, telefon dia rosak atau dia sakit teruk. Tapi setelah berbulan-bulan lamanya dia menyepi (dalam tempoh masa tersebut saya masih cuba telefon dan WhatsApp), terpaksalah saya catatkan hal ini di blog untuk kita semua ambil pengajaran dan peringatan. Bukan kerana duit RM30 yang saya nak kecohkan, tapi saya nak pembeli lain berwaspada dengan penjual tersebut. Semoga saya adalah yang terakhir terkena begini oleh penjual tersebut.

PA TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL JIKA TERTIPU BEGINI?
Kita boleh buat aduan Polis, untuk tujuan rekod bertulis dan sebagai dokumen sokongan untuk urusan aduan ke agensi berkaitan. 

Atau/dan boleh terus buat aduan ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dengan bayaran serendah RM5 untuk memfailkan tuntutan. Info lanjut berkenaan TTPM boleh klik DI SINI. 


Jadinya kenapa saya tak failkan tuntutan? Sebab nilai kerugian saya cuma RM30, tak berbaloi rasanya untuk saya buka fail dan perlu pulak menghadiri pendengaran tuntuan. Bagi korang yang mengalami kerugian yang lebih besar, sangatlah digalakkan untuk buat tuntutan. 


Nota : 
Pendedahan begini tidak termasuk dalam larangan membuka aib orang lain tau. 
Ia dibenarkan untuk tujuan orang lain berwaspada dengan orang tersebut.


Artikel Kisah Luahan Tertipu Dengan Penjual Online ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

http://infolagi2u.blogspot.com/2016/10/kisah-luahan-tertipui-dengan-penjual.html

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.