Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk adalah Entri ulangsiar dari Laman Kangkung! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

*

Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

Tarikh Keputusan : : 31 Mei 2016/24 Syaaban1437H

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016-1437H yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk seperti berikut:

1. Persoalan khilafiah adalah perkara ijtihadiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid‘ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.

2. Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.

3. Keputusan fatwa ini hendaklah diwartakan.

4. Antara amalan yang didakwa sebagai bid‘ah adalah :

1. Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif.
2. Membaca Yaasin pada malam Jumaat.
3. Membaca tahlil dan talqin untuk si mati.
4. Mengadakan kenduri arwah.
5. Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan Maal Hijrah pada setiap tahun.
6. Membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban.
7. Berdoa beramai-ramai selepas solat berjemaah.
8. Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai – ramai selepas solat fardhu.
9. Membaca “Basmallah” secara kuat / nyaring dalam solat fardhu.
10. Menyebut lafaz “Usalli” dalam niat solat.
11. Membaca qunut dalam solat subuh.
12. Bersalaman selepas solat berjemaah.
13. Solat sunat sebelum solat Maghrib.
14. Solat sunat sebelum Jumaat.
15. Fidyah solat.
16. Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.
17. Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih selain 8 rakaat.
18. Menyapu muka selepas salam.
19. Akikah dengan binatang al-an‘am selain kambing.
20. Amalan bertawassul dan bertabarruk.
21. Berdoa dan membaca al-Quran di kubur.
22. Doa akhir tahun dan awal tahun.

Mesyuarat bersetuju untuk mewartakan fatwa ini.


Sumber: http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/171-keputusan-mesyuarat-fatwa/945-persoalan-bid-ah-dalam-masalah-ikhtilaf-khilaf-perkara-furuk


*

Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Kangkung merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Lenggang Kangkung iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.