SERAM!! Misteri SEBENAR Disebalik Kematian 10 AYAM HUTAN Di Kilang Di Muar Akhirnya TERJAWAB!!. Update informasi dan maklumat. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Informasi #Maklumat yang memaparkan sesuatu yang baru dan sensasi di Blogosphere Malaysia. Semoga SERAM!! Misteri SEBENAR Disebalik Kematian 10 AYAM HUTAN Di Kilang Di Muar Akhirnya TERJAWAB!! menjadi antara bahan bacaan baik untuk pembaca blog Natang Ngoh.
SERAM!! Misteri SEBENAR Disebalik Kematian 10 AYAM HUTAN Di Kilang Di Muar Akhirnya TERJAWAB!!

SERAM!! Misteri SEBENAR Disebalik Kematian 10 AYAM HUTAN Di Kilang Di Muar Akhirnya TERJAWAB!!


Muar: Kejadian 10 ayam hutan ditemui mati di kilang di Tangkak, kelmarin, yang viral di laman sosial dikatakan berlaku setiap tahun dan bukan perkara pelik kepada pekerja kilang berkenaan.

Jurucakap kilang yang enggan dikenali berkata, kejadian seumpama itu berlaku satu atau dua kali setahun sejak beberapa tahun lalu disebabkan kilang berkenaan terletak berhampiran kawasan hutan paya bakau.

“Dalam kejadian berkenaan, saya difahamkan ayam hutan berkenaan mati akibat merempuh pintu kaca.

“Tiada kemalangan lain berlaku kecuali kematian 10 ayam hutan berkenaan, namun kebanyakan pekerja kilang menganggapnya perkara biasa dan sedar mengenainya.

“Ramai pekerja kilang yang pernah melihat ayam hutan mati dilanggar kereta atau motosikal di kawasan berhampiran,” katanya.

Menurutnya, disebabkan kejadian sama berlaku setiap tahun, kebanyakan pekerja terutama kakitangan pejabat tidak mengendahkannya.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku pada waktu pagi atau petang, namun kebanyakan mereka tidak mengetahui punca kejadian sebenar.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Veterinar Ledang ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya akan menghantar pegawai ke kilang berkenaan bagi menjalankan siasatan.

“Kami memandang serius kejadian ini dan akan mengambil sampel untuk mengetahui punca kematian 10 ayam hutan berkenaan.

“Sampel itu dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Veterinar untuk mengesan sama ada ayam itu berpenyakit atau tidak.

“Ia hanya langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini, tiada sebarang penyakit berkaitan haiwan itu dikesan di daerah ini,” katanya - Hmetro Online








Makluman: Artikel SERAM!! Misteri SEBENAR Disebalik Kematian 10 AYAM HUTAN Di Kilang Di Muar Akhirnya TERJAWAB!! termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada jomkapel penulis asal SERAM!! Misteri SEBENAR Disebalik Kematian 10 AYAM HUTAN Di Kilang Di Muar Akhirnya TERJAWAB!!

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.