Presiden Indonesia Jokowi Arah Tembak Mati Pesalah Kes Rogol Bawah Umur.. Update informasi dan maklumat. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Informasi #Maklumat yang memaparkan sesuatu yang baru dan sensasi di Blogosphere Malaysia. Semoga Presiden Indonesia Jokowi Arah Tembak Mati Pesalah Kes Rogol Bawah Umur. menjadi antara bahan bacaan baik untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Presiden Indonesia Jokowi Arah Tembak Mati Pesalah Kes Rogol Bawah Umur.

Presiden Indonesia Jokowi Arah Tembak Mati Pesalah Kes Rogol Bawah Umur.


Jakarta: Presiden Indonesia Jokowi Widodo hari ini, mengumumkan pelaksanaan hukuman lebih berat kepada perogol kanak-kanak, termasuk kembiri secara kimia dan hukuman mati kepada pesalah.

Menurutnya, langkah itu berikutan peningkatan kes keganasan seks terhadap mangsa bawah umur.

“Saya mengisytiharkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak adalah jenayah luar biasa kerana ia mengancam dan membahayakan nyawa kanak-kanak.

“Jenayah luar biasa perlukan tindak balas sewajarnya dan sehubungan itu, peraturan ini menetapkan hukuman lebih berat,” katanya.

Hukuman mati di Indonesia biasanya dilaksanakan oleh skuad penembak.

Desakan hukuman lebih berat meningkat berikutan kejadian pelajar berusia 14 tahun, dikenali sebagai Yuyun, dirogol 14 lelaki dan dibunuh ketika pulang dari sekolah di Bengkulu, Sumatera, bulan lalu.

Minggu lalu, tiga lelaki termasuk seorang pelajar 15 tahun terbabit merogol gadis berusia 18 tahun, Enno, di Tangerang sebelum mangsa mati akibat dipukul dengan cangkul dan kemaluannya dirodok dengan hulu cangkul.

Ketika ini, Indonesia melaksanakan hukuman mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2002 yang menetapkan hukuman 15 tahun penjara bagi hubungan seks dengan bawah umur.

Semalam, Menteri Kebajikan Sosial Indar Parawansa berkata, selain kembiri secara kimia, pesalah juga perlu memakai gelang kaki pengawasan elektronik serta penyiaran identiti pesalah secara besar-besaran.

Harian Metro

Makluman: Artikel Presiden Indonesia Jokowi Arah Tembak Mati Pesalah Kes Rogol Bawah Umur. termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada jomkapel penulis asal Presiden Indonesia Jokowi Arah Tembak Mati Pesalah Kes Rogol Bawah Umur.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.