Kronologi Dan Gambar Penemuan Serpihan Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak. Update informasi dan maklumat. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Informasi #Maklumat yang memaparkan sesuatu yang baru dan sensasi di Blogosphere Malaysia. Semoga Kronologi Dan Gambar Penemuan Serpihan Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak menjadi antara bahan bacaan baik untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Kronologi Dan Gambar Penemuan Serpihan Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak

Kronologi Dan Gambar Penemuan Serpihan Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak


Kronologi Dan Gambar Penemuan Serpihan Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak|Hilangnya helikopter jenis AS350/RPC6828 membawa Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon serta empat lagi penumpang, yang hilang ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching, petang semalam kini serpihan helikopter telah dijumpai pada jam 09:30 -06.05.2016 dini hari
Sebelumnya Dikabarkan helokopter berkenaan berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching kira-kira jam 5 petang.hingga menara kawalan mengesahkan helikopter berkenaan terputus hubungan selama tiga jam.
Salah seorang penumpang ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Noriah adalah anggota parlimen Sungai Besar manakala Wan Mohammad Khair-il Anuar anggota parlimen Kuala Kangsar.
Turut berada dalam pesawat sama ialah Ketua Pengarah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.
Senarai nama mangsa
LP
13124914_482420928618515_1392919741817553334_n
Kronologi:(05 Mei 2016)
Operasi mencari Pesawat hilang Jenis Helikopter (RPC6828)
Tarikh 05 Mei 2016 (Khamis)
Keanggotaan Terlibat
a.Unit STORM 14 Orang
b.Unit MUST 12 Orang
c.Lain-Lain Pegawai 24 Orang
JUMLAH = 50 Orang (Termasuk 7 Orang Penyelam)
Logistik :
a.4X4 = 7 Buah
b.Lori = 1 Buah
c.Bot Kevlar = 1 Buah
d.Bot Aluminium = 4 Buah
e.EMRS = 1 Buah
Kawasan Pencarian :
a.Sebuyau
b.Maludam
c.Lingga
d.Betong
1612:00 hrs – Helikopter penerbangan dari Stadium Spaoh ke Kuching membawa 5 penumpang.
1632:00 hrs – Terputus hubungan dengan Menara Kawalan DCA
2130:00 hrs – Bilik Gerakan Operasi Bomba diaktifkan sepenuhnya
2145:00 hrs – BBP Simunjan telah tiba di Daerah Sebuyau untuk membuat pemantauan dan melaporkan dari orang Awam bahawa tidak terlihat kelibat sebarang Helikopter di Kawasan tersebut
2215:00 hrs – PGO Sarawak menghubungi Menara Kawalan DCA dan dimaklumkan bahawa maklumat yang menyatakan bahawa Helikopter tersebut telah mendarat cemas di Sri Aman adalah tidak benar
2330:00 hrs – Mesyuarat penyelarasan SAR antara Agensi telah diadakan di IPK Kuching
(06 Mei 2016)
0015:00 hrs – Mesyuarat penyelarasan SAR Udara antara Agensi telah diadakan di DCA
0118:00 hrs – Ketua Zon 3 melapor berdasarkan maklumat Orang Awam yang terlihat Kerlipan lampu yang dipercayai Helikopter tersebut di Sungai Batang Lupar di seberang Kampung Skait,Lingga.Anggota bersama sebuah Bot dan sebuah Ambulan EMRS digerakkan ke lokasi
0226:00 hrs – Ketua Zon 2 memaklumkan bahawa Polis Sebuyau telah terlihat Helikopter rendah menuju ke Laut dari Pantai Sebuyau
Status Operasi :
Helikopter masih belum ditemui sehingga jam 0346:00 hrs (06 Mei 2016)
Perancangan Operasi (06 Mei 2016) :
0600:00 hrs – Operasi SAR akan dijalankan menggunakan Water Surface Searching di kawasan tumpuan iaitu di Pesisiran Sebuyau dan Triso serta sekitar Lingga
1000:00 hrs – Pemantauan Udara akan dijalankan oleh Helikopter MI-171 (Bomba) yang akan bergerak ke Lapangan Terbang Sibu dan seterusnya menerima arahan daripada DCA berkenaan dengan Air Searching.
Disediakan Oleh,
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak
Helikopter yang hilang telah dijumpai
Dukacita dimaklumkan helikopter yang hilang dari radar sah terhempas dan sepihannya telah dijumpai oleh pasukan SAR jam 9.30 pagi tadi berdekatan Sungai Batang Lupar. Setakat ini belum ada maklumat lanjut tentang penemuan tersebut.
Serpihan-serpihan helikopter yang telah ditemui adalah:
1. Location device
2. Kerusi
3. Pintu
4. Rotor blade
5. Dinding pesawat
Lokasi: Bersebelahan Sungai Batang Lupar
Sumber: Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak
Gambar sekitar penemuan serpihan Helikopter
13103460_482567948603813_2976743381479941185_n
13124534_482567935270481_226625910617697180_n
13151756_482567988603809_7586518696403891744_n
13177597_1022721104429910_4694876676382160149_n
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui serpihan pesawat dipercayai milik helicopter Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang, petang semalam.
Menurut beliau maklumat penemuan itu diterima pada jam 9.50 pagi tadi.
“Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahgian lain telah dijumpai. Pasukan SAR akan berusaha mencari badan utama helikopter tersebut,” katanya pada sidang media.
Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.
Dalam pada itu, Najib berkata, kawasan penemuan bersebelahan Sungai Batang Lupar dan ini menyukarkan operasi namun segala aset yang ada akan digunapaki dalam operasi ini.
Helikopter yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.
Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

Makluman: Artikel Kronologi Dan Gambar Penemuan Serpihan Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada jomkapel penulis asal Kronologi Dan Gambar Penemuan Serpihan Helikopter Bawa VIP Hilang Di Sarawak

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.