Kisah Yuyun dirogol 14 lelaki durjana dapat perhatian dunia
JAKARTA - INDONESIA. Kisah Yuyun gadis berusia 14 tahun dirogol dan dibunuh oleh 14 lelaki ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya telah mencetuskan pedebatan dan kemarahan di kalangan masyarakat negara itu.
Kes ini pada mulanya tidak mendapat liputan meluas media tempatan sehinggalah seorang aktivis lantang bersuara dan mula mendapat perhatian di media sosial.
Malah semalam, satu protes turut diadakan di luar istana presiden di Jakarta.
Yuyun hilang pada 2 April ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Kasiah Kasubun di wilayah Bengkulu, barat Indonesia.
Mayatnya ditemui dua hari kemudian oleh penduduk kampung dalam keadaan lebam dipukul dan tanggannya terikat. Susulan kejadian 12 dari 14 suspek ditahan dan tujuh daripadanya masih dibawah umur 18 tahun.
Menurut polis, Yuyun diseret oleh pelaku yang dikenalinya secara peribadi ke dalam hutan sebelum dirogol dan kemudiannya dibunuh.
Dua minggu selepas tangkapan, aktivis dan ahli muzik bebas Kartika Jahja di Jakarta lantang bersuara di laman sosial mengenai kes tersebut.
Kartika berkata, dia bukan hanya marah dengan kisah tragis menimpa kanak-kanak itu tetapi kerana cerita itu diabaikan.
Kartika Jahja kemudia menubuhkan komuniti dikenali Kolektif Betina yang memulakan kempen di Twitter dengan hashtag #Nyala Untuk Yuyun malah Kempen tersebut viral dengan lebih daripada 23,000 retweet - bersama-sama dengan hashtag lain selepas itu seperti #YYadalahKita.
"Saya berharap gerakan ini tidak akan berhenti dalam media sosial. Kita perlu untuk melawan keganasan seksual di luar sana dan melakukan semua yang kita boleh, dengan menggunakan kemahiran yang kita ada.
"Keganasan seksual adalah satu isu kecemasan di Indonesia, tetapi kebanyakan manusia tidak mengambil berat tentangnya. Kita perlu bersama-sama. Jika tidak, kita tidak akan mencari jalan keluar," kata Kartika Jahja.
Dalam pada itu, ibu bapa Yuyun berharap agar 14 suspek yang memperkosa anaknya beramai-ramai dihukum setimpalnya jika mereka terbukti bersalah.
"(Keluarga) minta hukuman seberat-beratnya kepada pelaku, kalau 10 tahun saya tak merasa tenang. Aku minta seumur hidup.
"Kami tidak mempunyai ramai anak dan mereka adalah harta yang paling berharga," kata Yana, ibu Yuyun memberitahu BBC Indonesia.
Menurut Yana, Yuyun merupakan pelajar terbaik dan bercita-cita untuk menjadi seorang guru dan dia merupakan harapan keluarga. Sinar Harian
Makluman: Artikel Kisah Yuyun dirogol 14 lelaki durjana dapat perhatian dunia termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada jomkapel penulis asal Kisah Yuyun dirogol 14 lelaki durjana dapat perhatian dunia
Post a Comment