Isteri mana yang tidak marah bila suami ditohmah - Isteri Amy Search. Update informasi dan maklumat. Ulangsiar gambar dan artikel perkongsian dari blog kategori #Informasi #Maklumat yang memaparkan sesuatu yang baru dan sensasi di Blogosphere Malaysia. Semoga Isteri mana yang tidak marah bila suami ditohmah - Isteri Amy Search menjadi antara bahan bacaan baik untuk pembaca blog Natang Ngoh.
Isteri mana yang tidak marah bila suami ditohmah - Isteri Amy Search

Isteri mana yang tidak marah bila suami ditohmah - Isteri Amy Search



ISTERI kepada vokalis kumpulan rock lagenda Search, Norhasniza Hassan mengakui menggunakan intonasi suara yang tinggi selepas menerima provokasi daripada Yazit.

Norhasniza ketika ditemui Astro Gempak berkata, Yazit ada menghubunginya beberapa kali dan meninggalkan pesanan suara sebelum dia membuat panggilan semula kepada pemain drum kumpulan Search itu.

“Ya, Yazit ada menghubungi saya beberapa kali tetapi saya tidak menjawab panggilan darinya kerana sedang tidur. Saya baru pulang dari Johor Bahru dan tertidur kerana keletihan.

“Bagaimanapun selepas saya melihat ‘missed called’ dan mendengar pesanan peti suara daripada Yazit, saya terus menghubungi dia.

“Saya akui hilang sabar selepas di’provoke’ Yazit yang berkali-kali menyebut Search penipu dan menipu selain mengeluarkan beberapa perkataan yang tidak sedap didengar terhadap suami dan Search.

“Sebagai seorang isteri, reaksi saya ketika itu adalah untuk mempertahankan maruah suami,” katanya ketika diminta menjelaskan mengenai dakwaan Yazit terhadapnya menerusi laporan polis baru-baru ini.

BACA: Search beri amaran Yazit mohon maaf secara terbuka

Bagaimanapun menurut Norhasniza, dia enggan mengulas lanjut lagi mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

“Sudah cukuplah tohmahan dan fitnah saya terima selepas berita mengenai laporan polis Yazit itu tersebar. Saya cukup terkilan apabila ada yang turut melibatkan suami (Amy) dan sekolah tahfiznya,” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu pemain gitar Search,  Nasir Daud menganggap Yazit tidak berfikiran waras ketika melakukan sesuatu tindakan.

“Sebelum dia hubungi isteri Amy, dia hubungi saya dahulu dan terus bercakap melulu tanpa bertanya dan usul-periksa. Saya letak telefon kerana saya tidak mahu bergaduh.

“Saya adalah kawan dia yang paling rapat dalam Search dan kami kenal sebelum Search ditubuhkan lagi. Saya tidak sangka dia sanggup menuduh kami melakukan jenayah dan ingin ‘sumbat’ kami yang dianggap keluarga ini ke dalam penjara?

“Saya orang yang hantar duit-duit bayaran kepada dia dan bagaimana dia boleh tuduh kami lupakan dia? Saya tidak tahu nak kata apa kerana...saya betul-betul terkilan dan kecewa dengan tindakan dia,” katanya.

Tambah Nasir, setiap konsert yang dijayakan akan dibahagikan sama raya dan 20 peratus bahagiaannya pada konsert akan dibayar kepada pemuzik yang menjadi pengganti Yazit.

“Saya tidak tahu apa yang Yazit mahu sebenarnya kerana dia macam nak musnahkan kumpulan yang dia bina dahulu.

“Dia sepatutnya bersyukur. Ketika konsert di Istana Budaya dahulu kami beri pada dia RM47,000 walaupun dia hanya main empat lagu sahaja. Kami yang sihat ini masih bekerja dan berkongsi rezeki yang kami dapat bersama dia,” katanya kecewa.

Yazit sebelum ini membuat laporan polis mendakwa berlaku pecah amanah Search terhadap dirinya dan tidak menerima bayaran untuk konsert  35 Tahun Search serta ‘bahagiannya’ yang  lain.

Read more: http://www.astroawani.com/berita-hiburan/isteri-mana-yang-tidak-marah-bila-suami-ditohmah-isteri-amy-search-105129


Makluman: Artikel Isteri mana yang tidak marah bila suami ditohmah - Isteri Amy Search termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada jomkapel penulis asal Isteri mana yang tidak marah bila suami ditohmah - Isteri Amy Search

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.