Gadis Melayu Cantik Ini Dicabul Ketika Berseorangan Di Perhentian Bas Di Kajang
KAJANG: Hanya dengan memberi alasan tayar motosikalnya goyang, seorang remaja perempuan nyaris menjadi mangsa lelaki ‘gila seks’ apabila diraba dan cuba dicabul di pondok bas di Jalan Semenyih, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun baru pulang dari kolejnya di ibu kota dengan menunggang motosikal berseorangan ke rumahnya yang terletak di Taman Tasik Kesuma, di sini.
Disebabkan hujan dan jalan licin, mangsa menunggang motosikal perlahan sebelum dihampiri seorang lelaki menaiki motosikal dan meminta dia memberhentikan motosikalnya kerana mendakwa tayarnya bergoyang.
Menurut sumber, mangsa yang terpedaya memberhentikan motosikalnya di pondok menunggu bas dan memeriksa tayar motosikalnya sebelum lelaki itu pura-pura mahu membantu.
“Mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk lelaki terbabit hanya mengikut arahan dan memerhatikan tingkah laku lelaki itu yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu menolongnya,” katanya.
Bagaimanapun, lelaki terbabit tiba-tiba mendekati mangsa sebelum menarik tangan mangsa dan mengajaknya berbual sebelum bertindak lebih drastik apabila cuba memasukkan tangannya ke dalam seluar mangsa.
Mangsa yang terkejut diperlakukan sedemikian menepis tangan lelaki itu sebelum mendapatkan motosikalnya dan beredar dari tempat kejadian.
~ hmetro
Lihat VIDEO dibawah:
Makluman: Artikel Gadis Melayu Cantik Ini Dicabul Ketika Berseorangan Di Perhentian Bas Di Kajang termasuk media, gambar dan video bukannya penulisan, idea atau pandangan dari Admin Natang Ngoh. Laman blog ini adalah medium hebahan an perkongsian social. Semua Artikel, Gambar dan Video di laman ini adalah ulangsiar artikel viral dan popular dari website berita semasa. Much More respect from Natang Ngoh. Penghargaan kepada jomkapel penulis asal Gadis Melayu Cantik Ini Dicabul Ketika Berseorangan Di Perhentian Bas Di Kajang
Post a Comment