Ini Keputusan Mahkamah: Benjy Sekali Lagi Terlepas Tuduhan Miliki Dadah
Benjy Sekali Lagi Terlepas Tuduhan Miliki Dadah
Hari ini, Mahkamah Majistret Muar telah memberi keputusan kes pelakon Benjy yang ditahan kerana memiliki dadah pada tahun lepas.
Pihak mahkamah telah memutuskan aktor Benjy bebas dan dilepaskan daripada tuduhan memiliki dadah jenis metaphitemine seberat 1.3 gram pada Mac tahun lalu.
Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Benjy bersama rakannya didakwa memiliki dadah selepas ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Pagoh-Muar di sini pada 27 Mac lalu.
Benjy dilihat tersenyum lega selepas mendengar keputusan tersebut. Benjy diwakili oleh seorang peguam bela.
Bagaimanapun, rakannya, Raja Shariff diperintah membela diri pada 3 Mei dan 5 Mei depan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie dalam pertuduhan.
Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azfahanim Rajaluddin.
Ini Keputusan Mahkamah: Benjy Sekali Lagi Terlepas Tuduhan Miliki Dadah ini adalah Entri ulangsiar dari Borak Kosong merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Yuya iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment