SAYA PRODUK UITM. BENGAP..? MUNGKIN..
ru-baru ini, seorang pengguna laman sosial telah mencetuskan kontroversi dengan memuat naik sebuah status panas ke dalam laman sosial Twitter. Pemilik akaun dengan nama Ian Zainal ini telah memuatnaik sebuah status yang berkontroversi telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna-pengguna media sosial yang lain.
Status beliau yang berbunyi:
“RESULT HANCUR JANGAN RISAU. UITM KAN ADA. SEBAB KEBANYAKKAN YANG BENGAP SEMUA MASUK UITM”
Pelbagai respon telah diterima selepas status ini dimuatnaik oleh Ian Zainal, termasuklah dari pihak NGO, The Patriots melalui laman page mereka sendiri.
Keputusan SPM dan Matrikulasi saya dulu tak ada pun hebat dan bagus mana.
Tapi saya bersyukur wujudnya UiTM. Dalam keadaan mungkin tiada uni yang nak saya (nak pergi swasta memang tak mampu), UiTM terima budak bengap macam saya. Diberi kepercayaan, dididik dan diasuh, digilap sehingga jadi manusia dan warga berguna.
Kepada saudara Ian dan saudara Adi, benarkan saya memberitahu apa itu institusi pengajian yang hebat..
Institusi pengajian yang hebat bukan hanya sebuah institusi yang mengambil pelajar yang sudah hebat, dan menjadikan pelajar itu lebih hebat..
Ia juga bukan institusi yang mengambil pelajar yang ibubapanya berkemampuan (alhamdulillah) dan berikan guru, dan kelengkapan terbaik..
Institusi yang hebat adalah institusi yang mampu mengambil pelajar yang bengap seperti saya (juga kurang berkemampuan), dan menjadikan saya insan yang berguna.
Ini sebenar-benarnya cabaran terhebat sebuah institusi pendidikan..
Dan UiTM berjaya dalam berhadapan cabaran tersebut.
SAYA PRODUK UITM. BENGAP..? MUNGKIN.. ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment