Guru Minta Adik Neelofa Baca Kisah Adik Cynthia, Berumur 7 Tahun Sudah
Nampaknya nama adik kepada pengacara meleTop, Neelofa hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini dengan satu-satu kontorversi timbul.
Beliau yang dikenali dengan nama Ameera mula dikenali ramai selepas memuatnaik sebuah video yang membandingkan sekolah kebangsaan dengan sekola antarabangsa tempat beliau belajar.
Video berkenaan menimbulkan kemarahan netizen di mana menganggap Ameera seperti menghina sekolah kebangsaan sedangkan beliau bersekolah di 'sekolah orang' kaya yang kos yurannya tinggi.
Seorang cikgu nampaknya telah tampil menulis cerita di laman Faceboonya dan meminta kepada Ameera supaya membaca kisah berkenaan, kisah yang ditulis beliau adalah mengisahkan kepada kisah seorang anak kampung berumur 7 tahun sudah pandai berdikari dan tinggal di asrama.
Jom kita baca kisahnya.
Nama dia Cynthia Mili. Baru berumur 7 tahun. Tinggal di asrama. Kecil tubuhnya. Saya melihat dia dari jauh. Mula mula dia main belalai (menyorok) dengan kawan kawannya.
Semasa dia lalu dibawah ampaian dia mengutip 2 helai seluarnya yang terjatuh di tanah. Sambil membawa seluar yang saya jangkakan kotor dengan perlahan dia melangkah ke tempat cuci.
Tangannya cuba membuka paip tapi sayang tiada air pada waktu itu. Dia terus membawa seluar kotor di tangki air simpanan. Disitu dia membuka paip dan mula.mengosok seluar kotornya.
Sesekali dia meletakkan sedikit sabun dan membersihkan sekali lagi. Selesai membilas dia pergi semula.ke penyidai dan menyidai semula.
Saya memanggilnya. Dia datang mengadap saya dalam.wajah agak gusar.
"Siapa nama kamu?" Tanya saya.
"Cynthia Mili," jawabnya.
" Kampung kamu dimana?" Soal saya lagi.
"Batu Besai," Jawabnya.
"Seronok tinggal ba asrama,?" Tanya saya lagi.
Dia merenung jauh ke arah rakan rakannya yang bermain. Tanpa menjawab dia hanya mengangguk. Saya hanya melihat wajahnya yang bungkam seketika.
"Belajar manah manah auk," Saya menasihatinya.
Itulah Cynthia. Murid seperti dia sentiasa silih berganti setiap tahu mengisi asrama sekolah luar bandar di sarawak.
Mereka bukan sahaja belajar mengenal abc atau 123 atau membaca serta mengira. Namun mereka belajar erti hidup. Belajar mengurus diri. Belajar untuk saling bergantung dan percaya pada kawan kawannya. Belajar bahawa hidup ini perlu ada kawan.
Murid seperti cynthia dan lisyana akan membesar dengan sikap yang berani, rajin dan tidak menyusahkan orang lain.
Patutlah ramai bekas murid yang berasal dari Sarawak boleh hidup senang di Semenanjung hatta diluar negara sendirian.
Mereka umpama benih subur. Dihanyut kelaut jadi pulau. Di lempar ke tanah jadi dusun.
Semoga kamu terus kuat Cynthia. Masamu masih panjang. Semoga jadi pengajaran buat anak anak bandar agar lebih menghargai kesenangan hidup. Ketahuilah kesenangan yang kamu kecapi seharusnya dibalas dengan rajin membantu ibubapa dan belajar bersungguh sungguh.
Moga Allah lindungi kamu Cynthia. Cikgu belajar sesuatu dari kamu. Terima kasih.
Semoga adik artis meletop yang terkenal membandingkan sekolah kerajaan dan sekolah antarabangsa membaca kisah ini. Bersyukurlah hasil didikan dan pengalaman hidup Di asrama tidak menghasilkan generasi yang sombong seperti beliau. - Bila Cikgu Emmet menulis
- Siakapkeli.my
Guru Minta Adik Neelofa Baca Kisah Adik Cynthia, Berumur 7 Tahun Sudah ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment