Wang dalam akaun Najib untuk pelaburan, bukan derma, kata menteri Arab - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Wang dalam akaun Najib untuk pelaburan, bukan derma, kata menteri Arab harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Wang dalam akaun Najib untuk pelaburan, bukan derma, kata menteri Arab

Wang dalam akaun Najib untuk pelaburan, bukan derma, kata menteri Arab



Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir tidak fikir wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dari kerajaan negara itu atau ia satu sumbangan politik, lapor New York Times (NYT).

Beliau juga dilaporkan berkata, wang itu disalurkan kepada sebuah "pelaburan di Malaysia".

"It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia (Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dan dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia)," katanya dalam satu temu bual dengan NYT disiarkan semalam .

 Akhbar itu turut memetik kenyataan seorang kerabat rapat dengan keluarga diraja, yang bercakap tanpa mahu dikenali, sebagai berkata wang itu datang daripada seorang putera Saudi, tetapi ia bukan derma.
Kerabat itu turut mempersoalkan jumlah wang tersebut tetapi berkata dana itu merupakan sebahagian daripada perjanjian perniagaan.

Bulan lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, AS$681 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib sebagai derma dari keluarga diraja Saudi serta diberikan “tanpa mengharapkan balasan” dan menutup kes itu.

Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menemui sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) hilang daripada syarikat negara milik negara.

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga menyuarakan kebimbangan atas keputusan rakan sejawatnya di Malaysia yang menghentikan siasatan ke atas kes perpindahan dana ke dalam akaun Najib itu, mengatakan tindakan itu akan mengganggu siasatan yang dijalankan Switzerland ke atas 1MDB.

Apandi kemudiannya membalas kenyataan tersebut, mengatakan siasatan yang sedang dilakukan negara itu ke atas 1MDB adalah siasatan yang berasingan daripada kes derma RM2.6 bilion itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Wang dalam akaun Najib untuk pelaburan, bukan derma, kata menteri Arab. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.