TIPS DIY KUATKAN SIGNAL WIFI RUMAH ANDA YANG AWESOME
Signal WiFi sangat penting bagi individu tertentu. Dan ada banyak cara untuk menguatkan signal WiFi rumah anda.
Menerusi TheVocket, kami kongsikan salah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan kekuatan isyarat WiFi di kediaman anda.
1. Eksperimen untuk pastikan sama ada botol plastik minuman dan aluminium boleh menambahkan kekuatan dan kualiti signal WiFi kita.
Kualiti signal sebelum eksperimen, adalah sebanyak 3 bintang lebih sikit. Signal strength pun kureng.
Aplikasi untuk menentukan kekuatan WiFi boleh dimuat turun daripada Google Play Store atau iTunes. App ini bernama WiFi Network Analyzer.
2. Bahan-bahan yang diperlukan:
- Botol kosong 1.5L
- Aluminium foil
- Gunting
- Marker
- Pisau kecil (tiada dalam gambar).
3. Cabut 1 antena daripada router
Jangan takut. Tak akan kena kejutan elektrik, tetapi tangan kena keringlah. Nak cabut antena cuma perlu putarkan antena sampai ia longgar dan boleh dicabut.
4. Guntingkan botol menjadi corong mengikut panjang antena.
5. Pastikan bahagian belakang 'perisai' dipotong lebih tinggi sedikit daripada ketinggian antena, tetapi bahagian depan haruslah dipotong rendah.
6. Sudah selesai potong botol ikut bentuk seperti yang ditunjukkan, potong kertas aluminium untuk balut bahagian dalam belakang botol.
7. Tandakan tutup botol dengan simbol X dan potong dengan pisau mengikut garisan X.
8. Masukkan antena seperti ini.
9. Sambung antena dan 'perisai' pada modem semula. Ini saya tunjuk sebelah je, boleh buat perisai untuk kedua-dua antena.
10. So, mari uji kualiti signal…
… memang ada perubahan. Sebelum ni 3 bintang++, sekarang sudah hampir 5 bintang. Signal strength lebih baik.
Maka, terbukti, cara ini boleh tambahkan kekuatan signal WiFi di rumah.
Lain kali, saya akan cuba eksperimen dengan botol lebih kecil dan menggunakan kertas aluminium lebih tebal. Anda boleh cuba eksperimen juga.
TIPS DIY KUATKAN SIGNAL WIFI RUMAH ANDA YANG AWESOME ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment