Tiga Maut, Sembilan Cedera Dalam Kemalangan Babitkan 4 Kenderaan
Jasin, 19 Feb: Tiga maut manakala sembilan lain cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di Kilometer 176.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran dengan Plaza Tol Lipat Kajang di sini petang tadi.
Kejadian membabitkan sebuah treler, sebuah lori kontena, sebuah kereta Toyota Camry dan sebuah Perodua Myvi.
Laporan Harian Metro melaporkan, dalam kejadian 4.45 petang itu, treler yang dipandu oleh Muhammad Saiful Om, dikatakan hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.
"Ketika kejadian Toyota Camry yang dinaiki empat lelaki bersama dua kenderaan masing-masing Perodua Myvi dan lori kontena yang datang dari arah Kuala Lumpur menghala Johor Bharu yang kebetulan melalui lokasi kejadian dipercayai gagal mengelak dan berlaku perlanggaran.
"Siasatan awal mendapati ketika kejadian keadaan cuaca hujan.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jasin dan mereka yang cedera dirawat di Hospital Tangkak," katanya.
Pemandu treler tersebut, 31, serta dua penumpang Toyota Camry masing-masing Mohd Nizam Abdul Rahim, 48, dan Halid Haron, 48, maut di tempat kejadian.
Tiga Maut, Sembilan Cedera Dalam Kemalangan Babitkan 4 Kenderaan ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment