PESALAH ‘TINTED GELAP’ BAKAL TERIMA HUKUMAN DENDA RM2 RIBU DAN 6 BULAN PENJARA adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya PESALAH ‘TINTED GELAP’ BAKAL TERIMA HUKUMAN DENDA RM2 RIBU DAN 6 BULAN PENJARA membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
PESALAH ‘TINTED GELAP’ BAKAL TERIMA HUKUMAN DENDA RM2 RIBU DAN 6 BULAN PENJARA

PESALAH ‘TINTED GELAP’ BAKAL TERIMA HUKUMAN DENDA RM2 RIBU DAN 6 BULAN PENJARA


Pesalah cermin gelap bakal terima denda/hukuman lebih berat
Pesalah cermin gelap bakal terima denda/hukuman lebih berat
Kementerian Pengangkutan telah melakukan pindaan terbaru ke atas undang-undang cermin gelap (tinted windows).
Menurut laporan Shahrim Tamrin dari The Sun,  kementerian diberitakan akan menaikkan lagi saman dan hukuman ke atas pesalah cermin gelap yang melampau. Undang-Undang Kereta Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2016 melihat hukuman yang lebih ketat dari undang-undang pindaan tahun 1991 yang digunapakai sebelum ini.
Undang-undang pindaan baharu ini telah pun bermula pada 6 Februari dan pesalah kali pertama akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara. Untuk pesalah berulang, denda boleh naik sehingga RM4,000 atau penjara selama 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Jumlah tersebut sangat tinggi berbanding akta terdahulu – denda RM500 atau penjara dua minggu bagi pesalah kali pertama. Untuk kesalahan berulang, denda tidak lebih RM1,000 atau sebulan penjara.
Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan tahun lalu, pindaan akta tersebut kini membenarkan cermin penumpang belakang dan cermin belakang yang lebih gelap – 30 peratus kemasukan cahaya berbanding 50 peratus dalam akta lama.
Cermin hadapan kekal pada 70 peratus kadar kemasukan cahaya dan 50 peratus untuk penumpang hadapan dan pemandu.
Menurut laporan tersebut lagi, pihak JPJ akan menggunakan pendekatan yang berbeza kali ini untuk mengingatkan pengguna kenderaan.
“Kami akan minta pemilik kenderaan agar faham tentang undang-undang terbaharu dan kami akan beri mereka peluang untuk menanggalkan plastik gelap pada cermin mereka’” ujar Datuk Ismail Ahmad, Ketua Pengarah JPJ.
Sumber: careta.my

PESALAH ‘TINTED GELAP’ BAKAL TERIMA HUKUMAN DENDA RM2 RIBU DAN 6 BULAN PENJARA ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.