Pelajar lemas dalam kolam renang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V Seremban
Seremban: Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, di sini, ditemui lemas dalam kolam renang sekolah berkenaan, petang tadi.
Difahamkan, mangsa Muhammad Daniel Abdul Razak, 17, mandi di kolam itu bersama beberapa pelajar sebelum lemas.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mereka mandi di kolam itu tanpa pengetahuan guru sebelum dilihat seorang guru yang sedang membuat persiapan hari sukan lalu mengarahkan mereka meninggalkan kolam, kira-kira 3 petang.
Menurutnya, ketika semua pelajar keluar, mangsa dilihat masih berada dalam kolam dan sudah tidak sedarkan diri sebelum guru itu mengarahkan mereka membantu mengangkat mangsa dan memberi bantuan pernafasan.
"Pihak sekolah kemudian menghubungi pegawai perubatan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bantuan. Mangsa dibawa ke hospital berkenaan menggunakan ambulans sebelum disahkan meninggal dunia.
"Susulan kejadian itu, guru berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada 6 petang. Pegawai penyiasat ke hospital untuk siasatan," katanya.
Beliau berkata, mayat diserahkan ke Unit Forensik HTJ untuk bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Pelajar lemas dalam kolam renang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V Seremban. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment