Berita Palsu Kemalangan Tersebar, Ayda Jebat Terkejut
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat terkejut dengan penyebaran berita palsu yang mengatakan dirinya cedera teruk kerana terlibat dalam kemalangan di sebuah laman Facebook.
“Saya terkejut kerana ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan adakah saya terlibat dalam kemalangan. Rupa-rupanya ada pihak di laman Facebook menyebarkan berita yang saya terlibat dalam kemalangan dan menggunakan gambar lama saya.
“Saya pernah terlibat dalam kemalangan tetapi pada tahun 2012 dahulu. Alhamdulillah, sekarang ini saya sihat sahaja. Saya pun tak tahu kenapa gambar dan cerita lama disiarkan semula selepas empat tahun,” kata Ayda kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Ayda turut menasihatkan agar penggunakan laman sosial mendapatkan kesahihan sesuatu berita dan lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu perkara.
“Perkara ini bukan sahaja terjadi kepada saya, tetapi ianya pernah juga terjadi kepada selebriti-selebriti lain. Nasihat saya, sebelum menyebarkan sesuatu berita, pastikan dahulu berita itu sahih atau tidak. Jika berita yang disampaikan tidak benar, banyak implikasi negatif yang bakal berlaku,” katanya.
Tercalon dalam empat kategori Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016), Ayda juga bakal membuat persembahan di malam kemuncak AME 2016 yang bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Konvensyen Kuala Lumpur (CIDB) bermula jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan siaran serentak di Ria HD (saluran 123).
Tetapi, jangan lupa untuk terus mengundi calon top 5 anda di Anugerah MeleTOP Era 2016 atau www.era.fm. Peminat juga boleh mengundi menerusi aplikasi Raku atau undian sistem pesanan ringkas (SMS). Undian ditutup pada 28 Februari 2016.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Berita Palsu Kemalangan Tersebar, Ayda Jebat Terkejut ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment