Berita Baik Bagi Pengemar Kopi. Rani Kulup Akan Lancarkan Kopi Sendiri Jenama "Kopidap"
PETALING JAYA: Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih mesra dengan nama Ayah akan melancarkan minuman kopi jenamanya sendiri iaitu 'Kopidap'.
Rani Kulup yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah berkata pelancaran kopi itu akan dibuat di sebuah restoran di Shah Alam pada minggu hadapan.
“Tarikh (pelancaran) kita akan beritahu. Kopi ini diusahakan bersama rakan-rakan ayah seramai tiga orang.
“Kita akan pasarkan secara besar-besaran di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya sebagaimana lapor FMT.
Selain itu, Rani Kulup juga turut mendedahkan kopi Kopidap itu lebih istimewa berbanding kopi yang ada di pasaran.
“Kita ‘special’ sikit, nanti ayah bagi tahu minggu depan,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Berita Baik Bagi Pengemar Kopi. Rani Kulup Akan Lancarkan Kopi Sendiri Jenama "Kopidap". Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment