Wanita bida barang lelong Hamidah RM100 ribu pulangkan semula barang adalah Entri ulangsiar dari Laman Hangat! Sebagai sebaran serta perkongsian terkini dan trending di Malaysia. Semoga bermanfaat dan sila sebarkan ke sosial network sekiranya Wanita bida barang lelong Hamidah RM100 ribu pulangkan semula barang membawa kebaikan kepada kita. Wallahu'alam bissawab.
Wanita bida barang lelong Hamidah RM100 ribu pulangkan semula barang

Wanita bida barang lelong Hamidah RM100 ribu pulangkan semula barang


Hamidah (kanan) turut berada di khemah lelongan bersama orang ramai yang hadir untuk membida barangan miliknya.
Hamidah (kanan) turut berada di khemah lelongan bersama orang ramai yang hadir untuk membida barangan miliknya.
Seorang wanita mengambil keputusan untuk memulangkan semula barangan yang dibidanya dengan harga RM100,000 dalam lelongan barang kelengkapan rumah kepada pemiliknya, bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman.
Fatimah Mohd Isa, 52, berkata, dia dengan rela hati menyerahkan kembali barangan berupa 62 unit kelengkapan rumah dan tiga set bilik tidur itu sebagai tanda pertolongan seorang sahabat.
“Barang yang dibida tadi akan diserahkan semula kepada Hamidah kerana perjuangannya ketika itu adalah mempertahankan kalimah ALLAH. Sebagai sahabat, kenapa biarkan dia keseorangan ketika dalam kesusahan.
“Barang ini tidak akan dibawa keluar dari rumahnya (Hamidah) kerana dengan rela hati saya membantu setakat RM100,000 bida barangan yang dilelongkan dan dikembalikan semula kepadanya,” katanya di sini, semalam.
Terdahulu, barangan dalam rumah bekas Adun Gunung Rapat di Kampung Tersusun di sini, dilelong kira-kira jam 11 pagi, semalam.
Tiga kali lelongan dilakukan bermula RM200,000 sebelum berjaya dibida Fatimah tidak sampai lima minit dengan nilai RM100,000 bagi keseluruhan barangan.
Sementara itu, Hamidah ketika ditemui berkata, beliau reda dengan lelongan barangan itu dan bangga kerana ia bertitik tolak dengan perjuangannya mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan di gereja, lima tahun lalu.
“Ini adalah perjuangan mempertahankan kalimah Allah dan saya terheret dalam mahkamah. Terlalu banyak ujian dan cabaran yang dilalui namun, sebagai ahli politik, ‘Kalau takutkan ombak, takkan berumah di tepi pantai’,” katanya.
Ditanya mengenai baki ganti rugi berjumlah RM100,000 yang masih tertunggak, Hamidah berkata, perkara itu diserahkan sepenuhnya pada prosedur seterusnya untuk tindakan lanjut.
Barangan milik Hamidah itu dilelong selepas Mahkamah Tinggi menyita barangan itu pada 23 Disember tahun lalu ekoran gagal melunaskan bayaran ganti rugi RM200,000 dalam kes saman fitnah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Pada 27 April 2015, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada Khalid atas penerbitan artikel yang bertajuk ‘Umat Islam perlu Bersatu’ dalam blognya sekitar Januari 2010 dengan memuatkan gambar bertindih Khalid berpakaian ala seorang paderi.

Sumber: Sinar Harian

Wanita bida barang lelong Hamidah RM100 ribu pulangkan semula barang ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.