Roti canai 50 sen di Port Dickson semakin ‘meletup’
PORT DICKSON - Kedai M2 Kak Anati yang menjual roti canai berharga 50 sen sekeping semakin diserbu pelanggan sehingga pengusahanya tidak menang tangan, sejak kisahnya disiarkan di Sinar Harian, 5 Januari lalu.
Pengusaha kedai, Siti Salasiah Sareh Alang, 50, berkata, sejak kisah mengenai roti canai murahnya disiarkan akhbar ini, seterusnya menjadi viral di laman sosial, jumlah pelanggan terus naik mendadak.
Menurutnya, dia tidak menyangka sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan jumlah roti canai yang dibuat juga terpaksa ditambah kuantiti.
“Orang yang datang kebanyakannya pelanggan baru dan Alhamdulillah pelanggan tetap kedai ni masih datang seperti biasa.
“Suami saya tak henti-henti mencanai dan menggoreng roti canai yang ditempah pelanggan. Sementara saya dengan dibantu anak ambil serta hantar pesanan termasuk urusan buat air, basuh cawan dan pinggan mangkuk,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedainya di tingkat satu Terminal Bas Port Dickson, di sini.
Siti Salasiah berkata, selain roti canai, dia turut mengusahakan perniagaan nasi bajet dengan menu nasi putih, ayam goreng berempah, sayur dan air sirap berharga RM4.50, bagaimanapun terpaksa dihentikan berikutan mahu menumpukan kepada permintaan roti canai.
“Dengan roti canai ni dah tak menang tangan nak siapkan tempahan pelanggan. Akak bersyukur sangat... Alhamdulillah orang ramai datang nak makan roti canai ni dan berharap ia akan berterusan.
“Bagaimanapun akak tetap akan usahakan mencari ruang untuk buat semula nasi bajet ni sebab memang ada banyak permintaan,” katanya.
Menurutnya, persediaan membuat roti canai, menguli tepung akan dilakukan pada sebelah petang oleh suaminya, Adnan Idris, 52, untuk dijual pada keesokan paginya.
“Kedai ini akan beroperasi seperti biasa pada jam 8 pagi hingga jam 7 malam setiap hari,” katanya yang turut dibantu anak keduanya Mior Syahmi Faiz, 21.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Roti canai 50 sen di Port Dickson semakin ‘meletup’. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment