Rahsia misteri Ulu Bendul terbongkar mengezutkan orang ramai
PADA zaman dahulu, Ulu Bendul lebih terkenal lokasi mempelajari ilmu agama iaitu bersuluk.
Dikatakan, kegiatan bersuluk itu bertujuan menuntut dan pelajari amalan baik (ilmu batin) untuk memperkuatkan diri bagi orang-orang Islam ketika itu.
Justeru, nama Ulu Bendul ini dikiaskan dengan rumah yang dibina di sini dengan terciptanya bendul yang terletak di bahagian hujung, yang mana bendulnya cantik dan biasanya berukir.
Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak, Profesor Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, lokasi bersuluk dilakukan di bahagian hulu atau hujung (lokasi yang sunyi).
“Jeram Kak Lang dikaitkan tempat orang bersuluk. Jadi kerap kali menyebut ulu dan bendul yang cantik, maka terciptalah nama Ulu Bendul,” katanya.
Menurutnya, Ulu Bendul sama seperti Pulau Upih berdekatan dengan Port Dickson iaitu tempat orang mempelajari ilmu tasawuf.
“Tempat itu dipilih sejak datangnya Bathin Terjali yang popular di Luak Jelebu. Maka ia sama seperti Ulu Bendul, tempat mempelajari ilmu tasawuf dan bersuluk.
“Di Ulu Bendul sememangnya terkenal dengan Penghulu Naam, Tok Paroi, Tok Angsi dan juga Tok Angsa yang hebat dari segi ilmu tasawuf dan juga bersuluk.
“Selepas era pentadbiran Penghulu Naam, wujud pula Tuan Tulis yang menjadi penasihat kepada Almarhun Tuanku Muhammad,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Mohd Rosli berkata, Ulu Bendul juga dikaitkan dengan Gunung Angsi di mana tempat pertemuan antara Luak Rembau, Inas, Johol, Jelebu dan juga Ulu Muar.
“Hulu Sungai Muar terletak di hujung Ulu Bendul. Orang dahulu menggunakan sungai jika mahu ke mana-mana. Di bahagian hulu Ulu Bendul berkait dengan Gunung Angsi, dan di sinilah golongan agama dan pahlawan dahulu memperkuatkan diri.
“Mat Kilau juga pernah datang ke sini. Ulu Bendul dikaitkan dengan Gunung Angsi sama seperti Gunung Datuk di Rembau, Gunung Jono di Ulu Pilah, dan Gunung Ledang di Johor iaitu tempat berkembangnya agama Islam dan guru-guru agama ternama.
“Di sini jugalah tempat berkembangnya aliran tasawuf. Mereka juga bersuluk dengan pelbagai cara dan pendekatan untuk mendekatkan diri dengan ALLAH SWT,” jelasnya
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Rahsia misteri Ulu Bendul terbongkar mengezutkan orang ramai. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment