Petua menghilangkan daki leher paling berkesan
PETUA MENGHILANGKAN DAKI LEHER PALING BERKESAN
Mesti anda geli dengan masalah daki pada badan anda kan? Terutama di kawasan yang celah seperti ketiak, celah paha dan juga belakang leher kan? Kalau orang perempuan yang bertudung tu tak mengapa la juga kan dapat tutup bahagian belakang leher yang berdaki tu dengan mudah, tetapi mesti rimas juga kan pada pandangan mata sendiri apabila melihat sendiri daki yang sukar hilang. Sebenarnya ada petua menghilangkandaki leher dan badan paling berkesan untuk daki-daki anda yang degil itu.
Berikut adalah petua menghilangkan daki badan paling berkesan yang seharusnya anda patut cuba, lagipun petua ini tersangatlah murah dan mudah di cuba.
Petua Menghilangkan daki leher dan Badan Paling Berkesan :
– Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan, kemudian beras goreng itu di kisar. Tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah di bancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu di perapkan dahulu selama lebih kurang sejam.
– Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika di amalkan seminggu sekali.
Mudah kan dengan petua menghilangkan daki badan paling berkesan di atas bukan? bahan-bahan yang di perlukan pun mudah sangat di dapati, kan dapur anda pun ada kan? So memang patutlah anda cuba.
Sumber : KM
Petua menghilangkan daki leher paling berkesan ini adalah Entri ulangsiar dari Blog Hangat merupakan laman yang popular di Malaysia. Penghargaan kepada Si Hangat iaitu penulis/pemilik asalnya. Much more respect from Natang Ngoh.
Post a Comment